Budak perempuan tiga tahun maut setelah dihimpit kereta berundur (7 gambar)

Budak perempuan tiga tahun maut setelah dihimpit kereta berundur (7 gambar)

BUDAK perempuan menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila ditemui terperosok di antara dinding rumah dan bonet kereta selepas terbabit dalam kemalangan di Rumah Panjang Tanjung Tokong, Georgetown, hari ini.

Budak perempuan tiga tahun maut setelah dihimpit kereta berundur (7 gambar)
Budak perempuan tiga tahun maut setelah dihimpit kereta berundur (7 gambar)

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Annur Sumayyah Syabandi, 3, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaiman Che Awang berkata, kejadian berlaku apabila wanita berusia 35 tahun tertekan pedal minyak ketika mengundur kereta Proton Saga dipandunya.

ARTIKEL MENARIK: 'Jumlah penjawat awam 1.7 juta terlalu besar dan perlu dikurangkan' - PM


“Pemandu wanita berkenaan mengundurkan keretanya dari tempat letak kereta sebelum terpijak pedal minyak dan terlanggar mangsa sehingga kenderaan itu merempuh masuk ke halaman rumah di situ.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dengan bantuan ambulans, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Katanya, pemandu yang bekerja sebagai jurujual sebuah pasar raya itu ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Harian Metro


loading...






Kredit: penangkini.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post