Buat laporan palsu dicekik papagomo, YB Syed Saddiq bakal hilang kelayakan Ahli Parlimen?

Buat laporan palsu dicekik papagomo, YB Syed Saddiq bakal hilang kelayakan Ahli Parlimen?

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq didapati telah membuat satu laporan palsu berhubung dirinya dicekak oleh Papagomo di satu insiden provokasi ketika penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Semenyih tengah hari semalam.

Buat laporan palsu dicekik papagomo, YB Syed Saddiq bakal hilang kelayakan Ahli Parlimen?
Buat laporan palsu dicekik papagomo, YB Syed Saddiq bakal hilang kelayakan Ahli Parlimen?

Semunya terbongkar apabila satu video berdurasi 2 minit yang telah disunting untuk melihat dengan lebih jelas insiden itu menjadi tular.

ARTIKEL MENARIK: Mengecewakan, Tak Sampai Setahun Mahathir Sudah Mungkir Janji, Kata Naib Presiden PKR


Video yang dirakam oleh Naib Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd Zohd, dengan jelas menunjukkan Syed Saddiq sedang diiringi oleh pihak berkuasa untuk meninggalkan kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Barisan Nasional (BN).

2.jpg


Di dalam video itu juga Papagomo dilihat berlari menuju ke arah Syed Saddiq dari arah belakang lalu meletakkan tangan kirinya di atas bahu Ahli Parlimen Muar itu.

Namun tiada aksi mencekik atau mencekak yang dirakamkan ketika itu.

Tiada saksi yang melihat adegan cekik-mencekik atau cekak-mencekak berlaku ketika itu yang mana Syed Saddiq juga diiringi oleh pihak polis yang tidak buta yang sentiasa menjaga keselamatannya.

Undang-undang memperuntukkan bahawa seseorang yang membuat laporan palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 6 bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

4.jpg


Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 48 menyatakan seseorang boleh hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen jika dia disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan bebas.

loading...

Di dalam video rakaman itu telah menunjukkan bahawa Syed Saddiq melakukan pembohongan dan sudah tentu laporan polis yang dibuat dikategorikan sebagai laporan palsu.

3.jpg


Diharap kepada saudara Papagomo dan saksi-saksi yang lain dapat tampil bersama bukti video ini membuat laporan polis ke atas Syed Saddiq di atas laporan palsu itu.

Makanya di sini, rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi satu lagi PRK di Muar memandangkan Syed Saddiq akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen tidak lama lagi. – AbuLeman

sumber : dnews via BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post