“Arwah seolah-olah bagi kami nyawa baharu,” - Nur Diana

“Arwah seolah-olah bagi kami nyawa baharu,” - Nur Diana

KUALA TERENGGANU – “Arwah seolah-olah bagi kami nyawa baharu,” demikian luah Nurdiana Alwani Jaafar, 33, salah seorang mangsa yang diselamatkan Abdul Bari Asyraf Mohd, 31.

“Arwah seolah-olah bagi kami nyawa baharu,” - Nur Diana
“Arwah seolah-olah bagi kami nyawa baharu,” - Nur Diana

Nur Diana Alwani adalah antara lima mangsa diselamatkan arwah selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.


ARTIKEL MENARIK: Tekak nak cendol durian sedap tapi ....


Dalam teresak-esak, Nurdiana Alwani yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu berkata, arwah seolah-olah mahu menyelamatkan mereka sekeluarga apabila bertanya jumlah mangsa yang tinggal.

“Selepas menyelamatkan saya bersama anak, Iman Nur Hana Lutfia Mohamad Amiruddin, 3, yang duduk di atas riba di sebelah penumpang, dan ibu tiri, Suryati Rusly, 37, arwah ada bertanya berapa ramai lagi mangsa yang tinggal sebelum terjun ke sungai semula.

“Arwah seolah-olah mahu menyelamatkan kami sekeluarga tanpa memikirkan dirinya, meskipun ketika itu saya nampak dia sangat letih.

“Seandainya dia masih hidup, saya mahu mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menyelamatkan kami,” katanya ketika ditemui di perkarangan Bilik Forensik Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ), di sini, pagi tadi.

Nurdiana Alwani turut memaklumkan yang dia memang perasan arwah adalah orang pertama yang turun menyelamatkan mereka sejurus kejadian itu.

Terdahulu, Nurdiana Alwani turut meminta maaf kepada ibu kepada Abdul Bari Asyraf, Masitah Awang ,60, di atas kehilangan anaknya ketika menyelamatkan mereka sekeluarga.

“Saya minta maaf kepada keluarga arwah kerana mereka kehilangannya ketika menyelamatkan kami.

“Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas jasa arwah kepada kami, “ katanya.

2.jpg


Sementara itu, Masitah berkata, dia tidak menyimpan rasa marah terhadap keluarga berkenaan kerana menggangap kejadian itu sudah menjadi ketentuan Ilahi.

“Mak cik tidak marah.Semua itu sudah ketentuan dan mak cik reda dengan pemergian arwah dengan cara seperti itu,” katanya

loading...

Ketika ini, tiga daripada lima mangsa iaitu Suryati Rusly, 37, Asmaa Rusly, 23, dan Iman Nur Hana Luthfia Muhamad Amiruddin,3, masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan stabil, manakala Syafawani Syazwani Jaafar, 11, sudah dibenarkan pulang petang semalam sementara Nurdiana sendiri dibenarkan keluar pagi ini.

Ketika diminta menceritakan detik mencemaskan itu, Nurdiana Alwani berkata, dia sudah membayangkan mati ketika kenderaan itu terjunam dan tenggelam, namun masih berusaha untuk menyelamatkan anaknya, yang duduk di ribanya di tempat duduk penumpang hadapan, daripada lemas.

Menganggap kejadian itu satu keajaiban buatnya dan keluarga apabila terselamat, ibu tunggal itu berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan dalam masa singkat kenderaan itu sudah tenggelam ke dasar dengan keadaan terlalu gelap.

“Selepas kereta terjunam ke dalam sungai, saya dan ibu tiri segera membuka tingkap di bahagian kiri dan kanan tempat duduk hadapan dan dalam masa sama nampak ada orang terjun ke sungai untuk membantu menyelamatkan kami.

3.jpg


“Tidak lama kemudian ketika kereta sudah hampir tenggelam, datang seorang lelaki (arwah) di tepi tingkap lalu saya segera menghulurkan Iman Nur Hana untuk diselamatkan.

“Ketika itu, saya hanya fikir mahu menyelamatkan anak dan menganggap ini pengakhiran hidup kami,” katanya.

Katanya lagi, pada awalnya beliau sudah berputus asa untuk menyelamatkan diri, namun apabila melihat kesungguhan ibu tirinya menyebabkan mereka saling memberi semangat antara satu sama lain.

“Di bawah itu (dasar sungai) tak nampak apa dah. Kita pun tak fikir banyak kecuali mati. Tetapi saya nampak ibu tiri saya berusaha membuka tingkap untuk keluar lalu saya pun cuba melakukan hal sama,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam tadi, lima sekeluarga nyaris lemas selepas pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki meluncur sebelum terjunam ke muara sungai.

Sumber : cempedakcheese.com via BLOGMAZEER.COM


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post