Untuk Dia Dijamin Keluar, Kerajaan Thailand Perlukan Seorang Rakyat Thai Dan Satu Cagaran. Tiba Tiba Muncul Hamba Allah Yang Sanggup Bantu Dan Yang Lebih Mengejutkan Kenal Tak Sampai 2 Jam

Untuk Dia Dijamin Keluar, Kerajaan Thailand Perlukan Seorang Rakyat Thai Dan Satu Cagaran. Tiba Tiba Muncul Hamba Allah Yang Sanggup Bantu Dan Yang Lebih Mengejutkan Kenal Tak Sampai 2 Jam

Untuk Dia Dijamin Keluar, Kerajaan Thailand Perlukan Seorang Rakyat Thai Dan Satu Cagaran. Tiba Tiba Muncul Hamba Allah Yang Sanggup Bantu Dan Yang Lebih Mengejutkan Kenal Tak Sampai 2 Jam

Untuk Dia Dijamin Keluar, Kerajaan Thailand Perlukan Seorang Rakyat Thai Dan Satu Cagaran. Tiba Tiba Muncul Hamba Allah Yang Sanggup Bantu Dan Yang Lebih Mengejutkan Kenal Tak Sampai 2 Jam
Untuk Dia Dijamin Keluar, Kerajaan Thailand Perlukan Seorang Rakyat Thai Dan Satu Cagaran. Tiba Tiba Muncul Hamba Allah Yang Sanggup Bantu Dan Yang Lebih Mengejutkan Kenal Tak Sampai 2 Jam

PASANGAN suami isteri yang kemalangan di Thailand, mungkin terpaksa menjual rumah mereka di Rawang, Selangor, selepas keluarga kepada warga Thailand yang meninggal dunia dalam kejadian itu menuntut pampasan RM200,000.

Dalam kemalangan pada 10 malam 19 Disember lalu, Abd Wahab Yahaya, 56, dan isterinya, Junaidah Muhammad Said, 45, dikatakan bertembung dengan pejalan kaki ketika menunggang motosikal di Jalan Aonang, dekat Krabi, Thailand.

ARTIKEL MENARIK: Kerana Dituduh Penipu, Syed Saddiq Buktikan Kepada Semua Bahawa Lukanya Memang Wujud


Mengikut undang-undang di negara berkenaan, penunggang motosikal atau pemandu kenderaan akan dipersalahkan jika kemalangan membabitkan pejalan kaki.
Anak kepada pasangan itu, Amirun Aziz Abd Wahab, 21, berkata, dia sekeluarga kini buntu untuk menyelesaikan pampasan berkenaan, lebih-lebih lagi dengan keadaan bapanya yang parah dan masih dirawat di Hospital Krabi, Krabi.
“Dalam kejadian itu, ibu dan bapa saya pengsan. Mama mengalami gegaran pada otak dan mengalami hilang ingatan sekejap.

“Bapa pula patah tulang rahang, pipi kanan dan hidung selain pendarahan pada mata.

“Berdasarkan laporan polis, bapa dipersalahkan dalam kejadian itu dan menurut undang-undang di negara itu, bapa perlu bertanggungjawab. Keluarga warga Thailand yang meninggal dunia menuntut pampasan RM550,000 sebelum jumlah itu dikurangkan kepada RM200,000 selepas perbincangan dengan peguam dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Amirun Aziz berkata, bapanya kini masih dirawat dan baru selesai menjalani pembedahan di negara berkenaan serta tidak dibenarkan pulang selagi proses perbicaraan di mahkamah tidak selesai dan ia dijangka akan dibicarakan pada 9 Januari depan.


“Malah, pasport bapa berada di tangan pihak berkuasa Thailand. Dalam keadaan kesihatan bapa yang teruk, saya sekeluarga mahu bapa dibawa pulang secepat mungkin ke negara ini memandangkan ibu sudah dibenarkan pulang semalam.
“Bapa tidak dibenarkan pulang kerana dia yang menunggang motosikal dan perlu bertanggungjawab untuk perbicaraan serta menjelaskan tuntutan kepada keluarga mangsa. Sumber Artikel : HMETRO ONLINE

Baru Kenal Tak Sampai 2 Jam Tetapi Sanggup Jadi Penjamin Dan Cagarkan Harta.. Subhanallah

Cerita ini dipetik dari Facebook Yeid Farid.
Assalamualaikum kepada semua rakan2 sedikit info kes Viral Kemalangan di Krabi.
Ketika semua orang di Malaysia berseronok untuk menyambut kedatangan tahun baru 2019 pada tengah malam ni tetapi lain pulak cerita En, Abdul Wahab yg terpaksa kesedihan utk memikirkan tentang nasib beliau yg kemalangan pada 19/12/18 di Krabi.
Sy bersama Abg Zakrozen Wazir (Group Harley BigBike Malaysia) sempat juga pergi menziarahi En,Wahab utk bertanya status keadaan beliau di krabi, Alhamdulillah En,Wahab dalam keadaan sihat walaupun dlm keadaan yg sangat menyedihkan beliau hanya boleh makan menggunakan jarum straw utk dimasukan dlm mulut yg ditutupi rapat dengan besi & getah disebabkan rahangnya patah.
PERLU JAMINAN WARGA TEMPATAN ( THAILAND )
Menurut En,Wahab beliau di ikat jamin sebanyak 120k Thai Bhat & perlu ada jaminan orang tempatan thai utk letakkan geran tanah atau rumah sebagai jaminan beliau daripada pihak makamah sekiranya di ikat jamin duit sahaja tidak lagi memenuhi syarat tersebut.
Kenal Tak Sampai 2 Jam ..
Di sebalik cerita tersebut, yg sy paling menyentuh hati adalah ada orang thailand yg baru kenal x sampai 2 jam sanggup menggadaikan tanah kepada En,Wahab sebagai jaminan beliau, kalau di ikutkan hamba Allah tersebut tiada apa2 kaitan persaudaraan pun dgn en, Wahab tetapi dia sanggup buat begitu kalau dia x bgi geran tanah tersebut en,wahab akan ditahan didalam lokap thailand di Krabi, Allah anda semua bayangkan keadaaan dia yg patah 3 tempat di kawasan muka dgn dia pula sakit kencing manis yg perlu makan ubat tiap2 hari dengan menggunakan straw jarum hospital.
Disini sy dpt rasakan yg ketentuaan Allah itulah yg paling berkuasa melainkan manusia, dalam kita mengharapkan org lain Allah menghantar org lain yg sanggup gadaikan nilai yg x semua org sanggup buat begitu.
Pada 3 Januari 2019 ni en,Wahab akan dinaikan di makamah krabi utk kes perbicaraan beliau di krabi.
Pihak keluarga si mati tersebut meminta pampasan yg x masuk akal sebanya 3.6M Thai Bhat kepada en,wahab walupun siasatan belum putuskan lagi beliau bersalah. Dengan bantuan org malaysia & Konsul General Malaysia di Songkhla akan pergi bersama en,wahab ke perbicaraan beliau nanti.
Sy disini menyeru semua rakyat malaysia dapat bersabar banyak2 dan jaga emosi masing2, kita berserah kepada Allah sahaja menentukan kes pakcik Wahab diringankan dan dipermudahkan.
Untuk bantuan kewangan dan sebagainya boleh berhubung terus kepada menantu lelaki Pakcik wahab Izwan Yahaya di Krabi.
Sy ingin meminta kepada semua yg membaca posting sy berkenaan kes kemalangan Pakcik wahab disharekan sebanyak mungkin mana nak tahu dalam kesempitan tersebut ada Hamba Allah yg ingin menghulurkan bantuan kepada beliau. Sekurang2 nya kita bantu utk share berita sebegini utk peringatan kepada semua pelancong2 dari malaysia yg datang Thailand.
Sekian laporan daripada sy Yeid Farid Agent Travel Thailand di Krabi.
Sumber Artikel : Yeid Farid
Edited: KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post