Ibu Kepada Siti Khadijah Menceritakan Apa Yang Berlaku Sebelum Anaknya Hilang Tanpa Dikesan
Ibu Kepada Siti Khadijah Menceritakan Apa Yang Berlaku Sebelum Anaknya Hilang Tanpa Dikesan |
“ANAK saya bukan hilang begitu saja tapi diculik,” kata ibu kepada Siti Khadijah Razali, 16, yang tidak pulang ke rumah di Kampung Beceh di Kota Bharu, sejak 16 Disember lalu.
Zawiah Yaacob, 45, berkata, pada hari kejadian dia bersama suami, Razali Hussin, 47, berada di Kuala Krai dan diberitahu anak lelakinya yang Siti Khadijah tidak pulang ke rumah.
ARTIKEL MENARIK: Kerana Dituduh Penipu, Syed Saddiq Buktikan Kepada Semua Bahawa Lukanya Memang Wujud
“Sejurus dimaklumkan anak bongsu kami itu tiada di rumah, kami bergegas pulang ke Kota Bharu dan cuba mencarinya.
“Selepas gagal mencarinya di seluruh kampung dan di tempat kerja sementaranya di Pengkalan Chepa, kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah di Pengkalan Chepa,” kata ibu kepada tiga anak ketika ditemuinya di rumah mereka di Kota Bharu, hari ini.
Apa Terjadi Malam Sebelum Dia Hilang
Sementara itu, Razali berkata, pada malam sebelum Siti Khadijah hilang, dia dimaklumkan anaknya itu yang dua lelaki mengekorinya pulang ke rumah selepas membeli barang di kedai runcit berhampiran.
“Khadijah beritahu kami seorang daripada lelaki yang menunggang motosikal itu menyentuh tangannya menyebabkan dia memecut motosikalnya.
“Kejadian ini berlaku selepas tiga hari kami membenarkan dia mengikut kawannya bekerja di sebuah kedai makan di Pengkalan Chepa, menggantikan pekerja yang berhenti buat sementara,” katanya.
Razali yang bekerja sendiri berkata, selain membuat laporan polis, mereka sekeluarga juga berusaha mencari Siti Khadijah dengan meminta pertolongan ulama dan pakar perubatan tradisional untuk mengesan anaknya.
“Kebanyakan daripada mereka memberitahu kami Khadijah sudah tiada lagi di negeri ini dan disembunyikan oleh seseorang di tempat lain.
Kelibat Anak Kelihatan…
“Ada rakan saya mendakwa melihat kelibat anak saya di Pekan Sungai Golok. Ini menguatkan lagi gerak hati saya yang anak saya dilarikan orang sama ada dia sedar atau dipukau kerana dia tidak membawa kad pengenalan dan juga pakaian,” katanya.
Sumber Artikel: Hmetro Online via KLViral
Post a Comment