Si Tanggang Moden : Sebak, Ayah Dikurung Anak Dalam ‘Kandang’ Besi, Tidur Atas Lantai Tanpa Sehelai Pakaian
Si Tanggang Moden : Sebak, Ayah Dikurung Anak Dalam ‘Kandang’ Besi, Tidur Atas Lantai Tanpa Sehelai Pakaian |
Tergamaknya mu duhai anak. Seorang ayah yang harus dihormati kerana telah membesarkan anak-anak dengan segala kudrat yang ada, namun diperlakukan dengan kejam hanya kerana di usia senjanya dia sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri.
ARTIKEL MENARIK: Selepas Kantoi Buka Tudung, Akhirnya Ernisha Dedah Nama si Pengkhianat..Sungguh Tak sangka Dia Orangnya...
Di sebalik tirai besi dalam ruangan kecil, kelihatan susuk tubuh ayah itu yang sudah uzur dan kurus kering, tidur kesejukan di atas lantai simen tanpa sehelai pakaian membalut tubuhnya. Di sisinya kelihatan pinggan plastik kosong untuk makan dan sebotol air mineral bagi menghilangkan dahaga.
Gambar ayah yang penuh menyentuh emosi itu menjadi tular di laman facebook baru-baru ini dan mendapat perhatian ramai netizen hingga mengundang simpati yang begitu mendalam.
Hasil siasatan pihak polis, warga emas berkenaan dikenali sebagai Abdul Zalil berusia 68 tahun. Dia yang menghidap penyakit stroke, lumpuh sepenuh badan ditemui penduduk dalam keadaan menyayat hati di belakang sebuah rumah di daerah Medan Amplas, Sumatera Utara.
Difahamkan, warga emas berkenaan mempunyai tiga orang anak. Dia sebelum itu tinggal bersama anak perempuan dan menantunya. Namun, setelah jatuh sakit, dia dipindahkan berasingan daripada mereka dalam satu ruangan kecil dikelilingi gerigi besi.
Manakala, dua anaknya yang lain didakwa bekerja di Malaysia dan sudah tidak mengambil peduli lagi akan keadaannya itu. Jurucakap pihak polis, Ginanjar Fitriadi berkata, warga emas itu telah dibawa bagi mendapatkan rawatan dan diserahkan kembali kepada keluarganya.
“Dari malam ahad, kami telah menguruskannya dengan membawa beliau ke hospital dan menyerahkan kembali kepada keluarganya. “Kami juga sudah berbincang dengan pihak berwajib agar kes Pak Abdul mendapat perhatian sewajarnya,” kata Ginanjar.
Sementara itu, anak perempuan kepada warga emas tersebut, Rahmadani, 28, berkata, ayahnya kehilangan semangat hidup semenjak mengidap penyakit lumpuh pada pertengahan bulan September 2018 lalu.
Dia yang memerlukan bantuan sepenuhnya bagi menguruskan diri tidak boleh melakukan segala hal termasuk membuang air besar dan air kecil. Jelas Rahmadani, tindakan mengasingkan ayahnya itu diambil kerana ayahnya didakwa mengotorkan rumah dua bilik yang disewa oleh dia dan suaminya hingga mendapat aduan.
”Sebelum mengidap penyakit tersebut, ayah tidur di bilik tidur. Setelah sakit, kotoran ayah melumuri lantai, bahkan sampai ke dinding bilik hingga kami sering menerima aduan.
loading...
”Kami berdua kemudian membuatkan satu bilik khusus di bahagian belakang rumah untuk meletakkan ayah supaya lebih mudah membersihkannya setiap kali buang air besar atau kecil.
”Kebetulan di bilik juga ada barang-barang kami. Terkena sama kotoran bapak. Makanya kami buatkan bilik itu,” kata Rahmadani. Wanita itu turut memberi alasan bahawa gambar yang tersebar itu bukan seperti yang didakwa kerana dia tidak mengabaikan ayahnya seperti yang dituduh.
”Itu fotonya saat kami baru saja selesai membersihkan bapak. Jadi, kami tanggalkan baju dan seluarnya. Sebelum ini, pintu bilik bapak adalah gerisi besi. ”Ada pula yang mengambil gambar dan memuat naiknya ke media sosial. Jadilah heboh. Disangka kami mengurung bapak kami,” jelas Rahmadani.
Sumber: Siakapkeli.my
© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM
BLOGMAZEER.COM
Post a Comment