‘Dulu hanya mampu naik motor je… percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta’

‘Dulu hanya mampu naik motor je… percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta’

‘Dulu hanya mampu naik motor je… percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta’

‘Dulu hanya mampu naik motor je… percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta’
‘Dulu hanya mampu naik motor je… percaya rezeki lepas kahwin, terus dapat beli kereta’

Menempuh alam perkahwinan bukan satu permainan. Ia juga bukan sekadar berlandaskan nafsu semata-mata, malah pelbagai ilmu dan tanggungjawab perlu dilaksanakan.

Begitulah perkongsian oleh penyanyi, Taleeb Mizad apabila menjalani kehidupan rumah tangga dengan kecekalan dan kegigihan setelah bernikah dengan isterinya, Juliana Nazarudin sejak lima tahun lalu.


ARTIKEL MENARIK: Maut Selepas Empat Hari Bersalin. Bila Disiasat Rupa-rupanya Suami Lakukan SESUATU!


Menerusi laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 29 tahun itu berkongsi sebuah posting tweet berunsurkan nasihat dan pengajaran bagi pasangan suami isteri di luar sana.

16.jpg



Org skrg lupa tujuan asal berkahwin. Kahwin kerana trend, then bertiktok kejar populariti. Kalau tahu tujuan kahwin tu apa, nescaya kita sedar tanggungjawab masing-masing. Allah ada janji dalam Al Quran tidak akan miskin bg mereka yg berkahwin.

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nuur: 32)

Yakin dgn janji Allah, tapi ramai yg yakin dgn janji Allah tp lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak maksiat, elak fitnah, yakin dgn janji Allah tp di mana usaha & tanggungjawab? Niat yg baik pasti betul tp Allah takkan ubah nasib kita melainkan dgn mereka ubah apa yg ada dlm diri mereka.

Ramai yg kata “Bila ko kahwin rezeki ko makin kurang. Makin tak femes & makin tak laku” tapi bro, rezeki dtg dlm pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dlm mcm2 cara.

Ini tweet abg yg lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita. Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dgn dugaan & ujian yg Allah beri, jgn cepat melatah dgn dugaan. Allah uji hambaNya yg beriman utk tingkatkan taqwa pd Allah. .

Terima kasih Allah, temukan mcm2 rezeki kepada kami dr sumber yg tak disangka. Kalau nak tahu cmne kami berjaya dpt guna vios skrg, boleh contact abg atau @juliananazarudin tentang biz shaklee, mudah2an rezeki dpt dikongsi bersama amin #tweettm #familylifeoftm

Yakin dengan janji Allah. Ramai yang yakin dengan janji Allah tapi lupa tentang bab usaha & tawakal. Semua kata nak kahwin nak elak maksiat, elak fitnah, yakin dengan janji Allah..

“Tapi dimana usaha dan tanggungjawab? Niat yang baik pasti betul tapi Allah takkan ubah nasib kita melainkan dengan mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka.

“Ramai yang kata ‘bila kau kahwin rezeki kau makin kurang. Makin tak famous & makin tak laku’. Tapi bro, rezeki datang dalam pelbagai bentuk, selagi kita bersyukur Allah akan temukan kita rezeki dalam macam2 cara,” tulisnya.

18.jpg


Walaupun tweet tersebut dimuat naik pada April lalu, namun ia sekadar berkongsi serta mengingatkan semula bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang mudah.

“Ini tweet abang yang lama, just nak share perkahwinan itu bukan mudah kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental, fizikal & keimanan kita.

loading...

“Kalau kuat semua tu, inshaAllah akan berjaya tempuh apa jua dugaan. Sabar dengan dugaan & ujian yang Allah beri, jangan cepat melatah dengan dugaan. Allah uji hambaNya yang beriman untuk tingkatkan taqwa pada Allah,” tambahnya.

15.jpg

16.jpg


Taleeb dan isteri berkahwin pada 22 Jun 2013 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Emre Darwish dan Ifra Mikayla.

© copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post