Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M, Ini Harapan TMJ Kepada Kerajaan Sekarang

Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M, Ini Harapan TMJ Kepada Kerajaan Sekarang

Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M, Ini Harapan TMJ Kepada Kerajaan Sekarang

Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M, Ini Harapan TMJ Kepada Kerajaan Sekarang
Setelah Mengucapkan Terima Kasih Kepada Tun M, Ini Harapan TMJ Kepada Kerajaan Sekarang

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana menghadap ayahandanya, Sultan Ibrahim Iskandar.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap hubungan baik antara Johor dan Kerajaan Persekutuan akan sentiasa terjalin bagi membantu pembangunan negara yang lebih maju di masa hadapan.

ARTIKEL MENARIK: Depan Orang Ramai Dalam Majlis Tahlil Arw4h Suami Dia Berjanji Tapi Selepas Itu Semua Janji Tinggal Janji


Perkara itu merujuk kepada pertemuan tertutup ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilakukan di Istana Bukit Serene di sini, kelmarin.
Ia disampaikan melalui laman Twitternya.
Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor untuk menghadap ayahanda DYMM Tuanku Sultan. – Gambar BERNAMA
“Assalamualaikum @chedetofficial. Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor untuk menghadap ayahanda DYMM Tuanku Sultan.
“Saya harap kita boleh bekerjasama dan melangkah ke hadapan untuk negara yang lebih baik. Semoga berjaya dan semoga anda dalam keadaan baik,” katanya.
Pada Khamis, Dr. Mahathir Mohamad mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.
Dalam tweet yang sama, Tunku Ismail turut mendoakan kesejahteraan dan selamat maju jaya kepada pemimpin negara berusia 93 tahun itu.
Kelmarin, media melaporkan Dr Mahathir selamat tiba di Istana Bukit Serene, di sini bagi menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.



Pertemuan itu kali pertama sejak berlakunya pertukaran kerajaan pada PRU14 dan Dr Mahathir kembali memegang jawatan Perdana Menteri.
Khamis lalu, perdana menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada jam 2.30 petang.
Pertemuan itu adalah yang pertama antara Sultan Johor dan Dr. Mahathir sejak beliau dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).




Assalamualaikum @chedetofficial. I'd like to take this opportunity to thank you for visiting Johor to 'menghadap' Ayahanda DYMM Tuanku Sultan. I hope we can work together & move forward for the Nation's betterment. All the best & Wishing you well Sir. Salam Ikhlas, Ismail Ibrahim



Sumber : Sinar Harian, Twitter @HRHJohorII

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post