Rakaman Apabila Riibut Tropika Pabuk Tiba Di Thailand Memang Menakutkan
Rakaman Apabila Riibut Tropika Pabuk Tiba Di Thailand Memang Menakutkan |
Selain Pantai Timur Malaysia, Thailand juga sedang bersiap sedia menghadapi Riibut Tropika Pabuk, yang dijangka akan menyebabkan hujan lebat dan paras laut yang tinggi di wilayah selatan negara itu.
Pihak berkuasa hari ini berkata, riibut bergerak ke Teluk Thailand dengan angin maksimum 65 kilometer sejam dan ombak laut sehingga 22 kaki.
ARTIKEL MENARIK: aan Kerajaan Baru. Tidak Disangka Khairuddin Akan Memberi Respond Ini Kepada TMJ
Hujan lebat yang dijangka berterusan hingga Sabtu itu akan menjejaskan kebanyakan bahagian selatan Thailand, termasuk destinasi pelancongan yang popular seperti Phuket, Koh Samui dan Krabi.
Pun begitu, belum ada perintah pemindahan rasmi daripada pihak berkuasa tetapi puluhan ribu pelancong telah melarikan diri dari pulau-pulau dan pusat peranginan Koh Phangan dan Koh Tao.
“Kebanyakan pulau hampir kosong… antara 30,000 hingga 50,000 telah meninggalkannya sejak parti sambutan Tahun Baru,” kata Ketua daerah Koh Phangnan, Krikkrai Songthanee kepada agensi berita AFP.
Sementara itu, di Koh Samui, pihak berkuasa berkata mereka menyediakan tempat perlindungan untuk mana-mana pelancong yang memutuskan untuk menunggu rebut reda.
Rakaman Video Riibut Tropika Pabuk Di Thailand
Video di bawah menunjukkan angin kencang yang begitu kuat. Dikatakan kelajuan angin mencecah sehingga 70km/sejam. Rakaman ini mula tular di media sosial hari ini tetapi tidak dapat dipastikan samada rakaman ini sahih terjadi kerana Riibut Pabuk atau tidak. Tiada maklumat terkini berkenaan video tersebut.
Keadaan Pantai Di Thailand ( Terkini )
Ombak besar kelihatan di luar pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand petang ini kerana riibut tropika semakin dekat. Koh Tao dan Koh Phangan, yang berada di laluan Monsun.
Penduduk di kawasan itu diselamatkan untuk daripada kemusnahan kerana angin 60mph dan gelombang tinggi 22 kaki yang dijangka akan tiba di pantai Thailand.
Edited By: KL Viral
Post a Comment