Akhirnya Janji Yang Ditunggu Oleh Rakyat Ditunaikan Oleh Kerajaan Baru. Pasti Semua Gembira
Akhirnya Janji Yang Ditunggu Oleh Rakyat Ditunaikan Oleh Kerajaan Baru. Pasti Semua Gembira |
PUTRAJAYA – Penetapan harga runcit produk petroleum akan dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam esok bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.
ARTIKEL MENARIK: Rakaman Apabila Riibut Tropika Pabuk Tiba Di Thailand Memang Menakutkan
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad pada 2 Januari lalu.
Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu, telah membuat pertimbangan dan bersetuju supaya penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan penetapan harga runcit petroleum secara mingguan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat.
Menurutnya, mulai esok hingga 11 Januari ini, harga runcit petrol RON97 akan diturunkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.23 seliter manakala RON95 akan diturunkan daripada RM2.20 seliter kepada RM1.93 seliter dan harga runcit diesel akan diturunkan daripada RM2.18 seliter kepada RM2.04 seliter.
“Sebelum ini, harga RON97 ditetapkan pada RM2.50 seliter, RON95 (RM2.20 seliter) dan diesel (RM2.18 seliter),” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.
Katanya, harga runcit produk petroleum ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.
Lim berkata, pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu, dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat.
“Harga runcit ini akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik.
Jelas beliau, ia bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara.
“Pengumuman harga runcit akan dibuat pada hari Jumaat setiap minggu dan berkuat kuasa mulai hari Sabtu sehingga Jumaat,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE via KLViral
Post a Comment