Pengawal keselamatan menang kes tuntut gaji minimum yang tidak dibayar

Pengawal keselamatan menang kes tuntut gaji minimum yang tidak dibayar

KEPALA BATAS, PULAU PINANG – 24 JANUARI 2019: Jabatan Tenaga Kerja Butterworth telah memutuskan dan mengeluarkan perintah pada hari ini kepada sebuah syarikat kawalan keselamatan supaya membayar seorang bekas pekerjanya semua tunggakan gajinya yang tidak dibayar mengikut kadar gaji minimum.

Pengawal keselamatan menang kes tuntut gaji minimum yang tidak dibayar
Pengawal keselamatan menang kes tuntut gaji minimum yang tidak dibayar

Pekerja kawalan keselamatan berkenaan, Mohana Dass, telah bekerja di syarikat Rapid Security Sdn Bhd untuk 9 bulan, dari bulan Disember 2017 hingga September 2018. Namun, sepanjang Mohana bekerja di situ, syarikat tersebut hanya membayar gaji pokoknya RM700 sebulan, jauh berkurangan berbanding untuk kadar gaji minimum RM 1,000 sebulan yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2016. Oleh sebab pengiraan untuk gaji pokok sudahpun salah, maka pengiraan untuk bayaran kerja lebih masa (OT) juga menggunakan kadar gaji yang salah.

ARTIKEL MENARIK: Nenek Ini Selamatkan Cucunya Ketika B4njir Teruk Landa Indonesia Baru Baru Ini Tetapi Sehari Selepas


Mohana Dass telah mengemukakan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja Butterworth untuk gaji minimum yang tidak dibayar oleh majikannya setelah berhenti kerja pada bulan September 2018. Jumlah tuntutan Mohana Dass lebih RM 4,000. Dalam satu sesi runding damai yang diadakan pada 23 Oktober 2018, pihak majikan pada awalnya hanya menawarkan RM 680 untuk penyelesaian, dan setelah berunding hanya dinaikkan kepada RM2,000. Namun, apa yang dituntut pekerja ini bukannya sagu hati atau sesuatu yang berlebihan, sebaliknya apa yang sepatutnya dibayar kepadanya atas pengorbanan masanya untuk melakukan kerja tersebut. Mohana Das telah bertegas untuk menuntut bayaran yang sepatutnya maka kes diteruskan kepada proses pendengaran Mahkamah Buruh.

loading...

Kes ini telah didengar di Mahkamah Buruh Butterworth pada 24 November 2018, dan keputusan dibuat pada hari ini. Ketua Pengarah Tenaga Kerja Butterworth, Zarina binti Abd Aziz, telah mengarahkan syarikat Rapid Security Sdn Bhd untuk membayar sebanyak RM 4,314.72 kepada Mohana Dass. Bayaran tersebut termasuk gaji minimum yang tidak dibayar dari bulan Disember 2017 hingga Ogos 2018, baki gaji bulan September (14 hari), tambahan dengan gaji kerja lebih masa, gaji kerja hari rehat mingguan, gaji kerja lebih masa mingguan, gaji cuti am dan gaji kerja lebih masa pada cuti am, di mana semuanya tidak dikira mengikut kadar gaji minimum yang betul sebelum ini.

Pihak pekerja dalam kes ini diwakili secara pro bono oleh peguam Arafas Abdul Razak, yang juga merupakan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Pulau Pinang

Sumber : penangkini.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post