Pengantin Baru Ditahan Polis Kerana Dia Simpan Barang Terlarang Dalam Rumahnya
Pengantin Baru Ditahan Polis Kerana Dia Simpan Barang Terlarang Dalam Rumahnya |
KUALA TERENGGANU – Tindakan berani seorang lelaki menjadikan rumahnya sebagai stor menyimpan stok ubat batuk mengundang padah selepas dikenakan hukuman tujuh hari penjara dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Bukan itu sahaja, Muhammad Zahil Remely, 25, dari Felda Belara, yang baharu mendirikan rumahtangga enam bulan lalu turut berdepan enam bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: Selesai Solat Jumaat Sesuatu Berlaku Di Salah Sebuah Masjid Ketika Najib Razak Solat Disitu
Keputusan dibuat selepas dia mengaku salah atas pertuduhan memiliki ubat batuk yang merupakan antara jenis dadah berbahaya iaitu Kodein (cecair warna hitam) seberat 48.80 liter (berat kasar), di sebuah rumah di Lorong Haji Da, di sini, jam 3 petang, pada 13 Januari lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Nurul Huda Akmal Mohamed.
loading...
Sebelum ini, satu serbuan dilakukan ke atas rumah didiami lelaki itu sebelum berjaya menjumpai 12 botol besar ubat batuk yang diisi di dalam tiga kotak besar dan disimpan di dalam biliknya.
Hasil siasatan, lelaki itu mengaku kesemua ubat batuk itu disimpan di rumah sementara menunggu pelanggan mengambilnya.
Lelaki itu juga mengaku dilantik sebagai penjaga stor dan diberi upah RM200 setiap kali barang terlarang itu dibenarkan disimpan dirumahnya.
Sumber Artikel: Sinar Harian via KLViral
Post a Comment