“Apa jenis ‘sampah’ sebenarnya yang diajar disekolah?!” Siti Kasim mempersoalkan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar disekolah

“Apa jenis ‘sampah’ sebenarnya yang diajar disekolah?!” Siti Kasim mempersoalkan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar disekolah

“Apa jenis ‘sampah’ sebenarnya yang diajar disekolah?!” Siti Kasim mempersoalkan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar disekolah

“Apa jenis ‘sampah’ sebenarnya yang diajar disekolah?!” Siti Kasim mempersoalkan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar disekolah
“Apa jenis ‘sampah’ sebenarnya yang diajar disekolah?!” Siti Kasim mempersoalkan mata pelajaran Pendidikan Islam yang diajar disekolah

MELAWAN KEJAHILAN DAN FITNAH TERHADAP AGAMA YANG DIBAWA SITI KASSIM

1) Semalam, peguam Siti Kassim membangkitkan persoalan mengenai kewajaran menjadikan had suami memukul isteri bagi kesalahan nusyuz sebagai soalan dalam subjek Pendidikan Islam.

ARTIKEL MENARIK: Ambil Gambar Ketika Syed Saddiq Sedang Isi Minyak. Petronas Beri Sedikit Teguran Kepada Syed Saddiq


2) Saya beranggapan bahawa Siti Kassim seorang yang jahil agama dan tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal, sehingga beliau tidak sedar bahawa apa yang beliau persoalkan itu adalah suatu ketetapan yang Allah sebut dalam Surah an-Nisa’ ayat 34:

“…dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).

kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.”


16.jpg

3) Adakah Islam mengajar umatnya memukul isteri? Pertama sekali, perlu difahami apa maksud nusyuz. Nusyuz bukanlah bermaksud ingkar atau melanggar arahan suami bagi perkara yang mudah-mudah spt tidak mengambil air minum atau tidak membasuh baju.

Nusyuz adalah apabila isteri menolak untuk mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antaranya;

i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya tanpa suaminya menyak itinya atau meny eksanya;

ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya, spt keluar rumah tanpa izin, berpeleseran dan mengadakan hubungan dengan orang lain, dan tidak pulang ke rumah; atau

iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak.


loading...

4) Adakah mem  ukul isteri merupakan satu-satunya cara? Tidak! Ia adalah cara terakhir sekiranya isteri masih berdegil dan tiada jalan lain yang boleh dilakukan suami. Dalam Surah an-Nisa’ tadi, Allah menggariskan 3 peringkat bagi menangani isteri yang nusyuz, iaitu;

i) Menasihatinya dengan baik, dengan bahasa yang lemah lembut dan penuh kasih sayang supaya beliau kembali taat dan tidak mengingkari arahan suaminya.

ii) Sekiranya tidak diendahkan, suami harus memboikotnya dengan mengasingkan tempat tidur dari isteri dan tidak bersamanya untuk beberapa minggu atau bulan sehingga kembali taat.

iii) Sekiranya masih tidak diendahkan, maka dibenarkan mem ukul. Namun pu kulan tidak boleh sehingga mence de rakan dan hanya bertujuan untuk mendidik.

5) Apabila disebut me  mu kul, ia bukan memu   kul seperti yang digambarkan. Islam meletakkan had untuk mem   ukul isteri supaya tidak melampaui batas, antaranya;

17.jpg


i) Tidak boleh sehingga mence derakan, malah tidak boleh sehingga meninggalkan bekas atau pa rut puku lan yang kekal pada badannya.

ii) Diharamkan sama sekali memukul wajahnya dan alat s ulitnya.

iii) Pukulan tidak boleh berkali-kali sehingga menyebabkan kesa kitan yang teramat.

iv) Sekiranya isteri menyebut nama Allah, atau isteri terus memohon maaf dan mahu kembali taat, maka tidak boleh meneruskan pukulan dan hak memukul itu hilang sama sekali.

6) Tindakan Siti Kassim telah mengundang satu persepsi buruk buat bukan Muslim terhadap Islam dan menjadi suatu fitnah buat Islam. Bukanlah Islam yang mengajar agamanya menjadi ga nas, tetapi perbuatan Siti Kassim yang menyeleweng dari ajaran agama dan menafsirkannya secara salah itulah yang menyebabkan Islam dilihat gan as.

Sewajarnya tindakan keras dikenakan ke atasnya atas fitnah yang ditimbulkan oleh beliau kepada agama.

18.jpg


sumber : FB Nazrul Nazir via matbawang via BLOGMAZEER.COM

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post