Peguam Mohd. Khairul Azam persoalkan BENARKAH keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkemungkinan dibatalkan? Ini persoalan popular setelah dibangkitkan peguam, selepas prosiding Tribunal Berhubung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semalam.
Peguam Mohd. Khairul Azam Persoalkan Benarkah Keputusan PRU14 Kemungkinan Di Batalkan |
Rakaman video sidang akhbar peguam yang mewakili anggota suruhanjaya itu juga sudah jadi tular dengan pantas dan turut dilaporkan portal berita dan disebar luas warganet serta dari mulut ke mulut.
Logik juga kemungkinan yang dibangkitkan peguam itu kerana tribunal ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat enam anggota suruhanjaya itu atas tuduhan melakukan kesalahan salah laku serius sebelum dan pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Andai dibuktikan nanti wujud salah laku serius oleh anggota SPR terbabit, maka apakah status PRU-14? Nak kira sah atau ada kemungkinan dibatalkan? Ini yang diketengahkan Khairul Azam.
Setakat ini, Jabatan Peguam Negara belum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Yang ada dalam media sosial pandangan peguam swasta yang diketahui kecondongan politik termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin veteran DAP.
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Najib Razak Pulang Ke Kuala Lumpur, Sempat Dia Singgah Pasar. Rakaman Jelas Lihat Betapa Popular Sekarang
Katanya, tribunal itu hanya mempunyai bidang kuasa untuk menentukan salah laku anggota SPR, bukan sampai membatalkan keputusan PRU-14.
Siapa betul? Setakat ini tidak ada kes yang dirujuk sebagai duluan. Kerana apa? Kerana inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia dan Komanwel anggota suruhanjaya pilihan raya dihadapkan ke tribunal kerana salah laku.
Ini diakui Bersih sendiri, pihak yang mengemukakan aduan kepada Jabatan Peguam Negara dan daripada aduan merekalah membawa kepada penubuhan tribunal itu. Memang bangga catat sejarah, tetapi bak kata Tan Sri P. Ramelee, jangan sampai cari penyakit.
loading...
Kos PRU-14 bukan sedikit, RM400 juta. Memanglah setakat ini berkemungkinan sahaja, tetapi segala kemungkinan harus diteliti mendalam. Tribunal itu sendiri sudah jadi akademik kerana anggota SPR berkenaan sudah pun meletak jawatan, jadi tidaklah boleh mereka dipecat.
Lepas itu sampai boleh PRU-14 dibatalkan? Jabatan Peguam Negara harus jelaskan kekaburan itu. Adakah kebenaran dakwaan itu? – UTUSAN ONLINE
Post a Comment