Alami kesakitan kronik akibat kanser, pelakon Wafa Abdul Kadir di IKN

Alami kesakitan kronik akibat kanser, pelakon Wafa Abdul Kadir di IKN

Alami kesakitan kronik akibat kanser, pelakon Wafa Abdul Kadir di IKN

Alami kesakitan kronik akibat kanser, pelakon Wafa Abdul Kadir di IKN
Alami kesakitan kronik akibat kanser, pelakon Wafa Abdul Kadir di IKN

PELAKON popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir dimasukkan Institut Kanser Negara (IKN) sejak Selasa lalu bagi mendapatkan rawatan berkaitan kanser ovari dan peritoneal tahap empat.

Suaminya Tajul Faizal Tamimuddin, 53, berkata, Wafa mendapatkan rawatan bagi mengawal kesakitan selepas mengadu sakit perut yang kronik.

ARTIKEL MENARIK: Heboh Fathia buka tudung, Emma Maembong di celah kangkang abang menteri


“Apa yang dia alami sekarang terbahagi dua iaitu kanser dan kesakitan.

“Doktor sedang mencari ubat dan kaedah untuk mengawal kesakitan yang dialaminya dahulu. Kemudian baharulah fokus kepada kanser,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon yang popular dengan filem Azizah The Legend dan drama Gerak Khas menghidap penyakit kanser ovari pada 2014 dan pada April 2015 beliau terpaksa membuang keseluruhan organ wanita iaitu ovari, tiub fallopio, rahim dan ormentum (lapisan yang menutup bahagian perut).


Wafa menjalani pembedahan pada 2015.

Dia kemudian menghidap kanser peritoneal tahap empat susulan daripada diagnosis pertama kanser ovari tersebut.

Pelakon itu sudah menjalani 18 kali rawatan kemoterapi bagi mematikan sel kanser pada tahun 2016.

Dalam pada itu, Tajul berkata, kemoterapi akan dilakukan selepas selesai rawatan mengawal kesakitan itu.

“Proses rawatan kanser seterusnya masih belum dilakukan, buat masa ini doktor beritahu mahu kurangkan rasa sakit yang dia alami.

“Wafa masih belum sedar dan di bawah pengaruh ubat. InsyaAllah, dalam seminggu ini buat rawatan itu dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, Tajul menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang kuat dan tabah dalam melawan penyakit tersebut.

“Alhamdulillah, dia kuat dan tidak pernah berasa putus asa dengan penyakit ini. Dia sangat tabah,” ujarnya.

Untuk rekod Wafa ialah anak kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Talib.

Image result for wafa abdul kadir


Di sebalik senyuman, rupanya pelakon Wafa Abdul Kadir derita kanser tahap 4

Terdahulu dalam laporan mengenai kesihatan beliau, Wafa Abdul Kadir yang sebelum ini pernah dilaporkan mengidap kanser ovari dua tahun lalu kini berdepan kanser peritoneal tahap 4.

Berkongsi perkembangan terbarunya itu, Penasihat Agama dan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Konsultan Perawatan Islam, Datuk Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyatakan pelakon itu pasrah menempuhi kehidupannya meskipun menahan kesakitan dan tidak berupaya untuk banyak bergerak.

“Bertemu dengan wanita cekal ini, Wafa Abdul Kadir, 52, atau saya panggil Kak Long @wafaabdulkadir yang mengidap kanser peritoneal, sejenis kanser yang jarang berlaku, banyak mengingatkan diri betapa ujian Tuhan itu datang dalam pelbagai cara.

“Diduga berturut-turut bermula pada 2013, akibat kemalangan jalan raya yang melibatkan pembedahan membetulkan tulang leher sehinggalah disahkan menghidap kanser ovari dua tahun lalu dan yang terkini, kanser peritoneal, Kak Long melihat segala-galanya dari sudut positif.

Di sebalik senyuman, rupanya pelakon Wafa Abdul Kadir derita kanser tahap 4

Wafa (kanan) memberitahu dia tidak berani mencuba perubatan alternatif kerana pernah mencuba rawatan sedemikian sehingga berasa serik.

“Mengandaikan sakit itu berupa isyarat yang dihadiahkan oleh Yang Esa, sekali gus memberi peluang untuk dia lebih mendekati Allah SWT, dia tidak pernah kesal dengan yang berlaku,” katanya menerusi Facebook, Tuan Asmawi Tuan Umar (Voiceover Adiguru).

Dalam pertemuan Tuan Asmawi bersama isteri, Farisha Irwayu yang juga seorang pelakon dengan Wafa itu turut menyatakan Wafa pada awalnya mendapat simptom kanser pada penghujung tahun 2014.

Wafa pernah berjumpa pakar tulang yang mengesahkan tiada punca daripadanya. Jadi, dia pergi mendapatkan pakar sakit puan.

“Dari situlah saya dikesan ada kanser ovari yang sudah merebak ke beberapa bahagian termasuk ovari, uterus dan saluran fallopian. Cara terbaik ialah melalui pembedahan,” katanya.

Ujarnya, dia menjalani pembedahan pada April 2015 sebelum pada awal 2016 mengalami demam, sembelit, cirit-birit dan muntah hijau yang teruk.

“Saya masuk hospital kerana sangkakan keracunan tetapi kemudian doktor mendapati ada saki-baki sel kanser yang melilit sekitar usus dan dinding ovari.

“Saya tidak boleh dibedah dan harus mendapatkan rawatan kemoterapi. Saya menjalani 18 kali proses kemoterapi bagi mematikan sel kanser dan selesai pada Jun 2016,” katanya.

Wafa memberitahu dia tidak berani mencuba perubatan alternatif kerana pernah mencuba rawatan sedemikian sehingga berasa serik.

“Pernah pada awal kanser, saya mencuba perubatan alternatif, konon menggunakan daun belalai gajah. Mungkin bagi sesetengah orang berhasil tetapi tidak kepada saya. Apabila saya mengamalkan sekali sahaja, tekanan darah saya jatuh mendadak dan sel darah putih saya bertambah.

“Doktor tidak izinkan saya lagi kerana saya ada alahan. Tetapi di IKN sendiri, ada perubatan alternatif seperti fisioterapi dan akupuntur yang memang digalakkan oleh doktor,” katanya.

loading...

Jelasnya, dia makan mengikut saranan doktor dan pakar pemakanan meskipun tidak mempunyai selera makan.

“Kalau tak dipaksa makanan masuk ke mulut, saya akan jadi lebih lemah. Cuma saya terus amal memakan madu dan habatus sauda dan beberapa makanan yang sesuai untuk saya,” katanya.

Sumber: MstarAstro Awani via Express Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post