Ngeri! Pekerja Offshore Kongsi Video Kesan Ribut PABUK, Awas Penduduk Pantai Timur Ini Risikonya

Ngeri! Pekerja Offshore Kongsi Video Kesan Ribut PABUK, Awas Penduduk Pantai Timur Ini Risikonya

Ngeri! Pekerja Offshore Kongsi Video Kesan Ribut PABUK, Awas Penduduk Pantai Timur Ini Risikonya

Ngeri! Pekerja Offshore Kongsi Video Kesan Ribut PABUK, Awas Penduduk Pantai Timur Ini Risikonya
Ngeri! Pekerja Offshore Kongsi Video Kesan Ribut PABUK, Awas Penduduk Pantai Timur Ini Risikonya

Pengakhiran hujung 2018 diakhir dengan bencana melanda selatan Filipina apabila berlakunya ribut Usman dan telah mengorbankan 75 nyawa selain 25,000 orang terpaksa keluar rumah kerana kemusnahan harta benda.

Dalam pada itu, kedatangan awal tahun disambut berita mendebarkan bagi penduduk di Pantai Timur pula diminta berwaspada dengan kedatangan siklon Tropika Pabuk.

ARTIKEL MENARIK: Ribut Tropika Telah Sampai Ke Pantai Timur. Rakaman Menunjukkan Keadaan Ombak Memukul Pantai Yang Memang Menakutkan


Pada jam 8 pagi tadi, 3 Januari 2019, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin dengan kekuatan 15 kmsj dan boleh mencapai semaksimum 70kmsj ini dilihat semakin menghampiri Terengganu pada kedudukan 218 km, Kota Bharu 287 km dan Kuantan 311 km.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia di mana ributTropika Pabuk semakin menghampiri negeri Pantai Timur

1.png?resize=617%2C685&ssl=1

Lihat bagaimana pekerja Offshore berkongsi video lautan berombak kuat dan kapal-kapal besar juga dilihat terhoyong-hayang kesan dari siklon Tropika Pabuk ini. Bayangkan jika ia memukul ke arah daratan dan sudah pasti bangunan yang tidak kukuh akan tumbang sekaligus mengakibatkan kerugian besar.

Kedengaran suara seorang pekerja pelantar memaklumkan yang laut bergelora dan lebih kurang 9 meter lagi mencapai ke puncak pelantar diikuti doa kepada Allah agar dijauhkan  segala mara bahaya ini.


Situasi di offshore yang sedang dihadapi rakan – rakan kita ..
Kesan yang dibawa

ribut tropika Pabuk ..

Semoga mereka semua dilindungi daripada segala musibah .

Kredit video :

FarisJamalludin FJ

Asyrul Amirul Asyraf

Malik Isa
Kolid Genji


Apa yang boleh kita fahamkan tentang Ribut Tropika Pabuk dan risiko yang berlaku?

Jika melihat fb rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia, setiap hari mereka akan memaparkan amaran mengenai “kedatangan” ribut tropika ini yang mana kedudukannya berubah dari sehari ke sehari (lebih semakin menghampiri).


Ribut tropika Pabuk ini boleh mengakibatkan hujan lebat, angin kencang melebihi 50 km sejam dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 km di perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang.
2.jpg?resize=696%2C517&ssl=1


Mengikut catatan rasmi dari Jabatan Meteorologi Malaysia, kesan ketara yang akan terjadi ialah :-
  1. Berlakunya angin kencang.
  2. Kerosakan pada bangunan tidak kukuh
  3. Risiko pokok tumbang & bumbung terbang
  4. Laut bergelora
  5. Kenaikan aras laut
  6. Limpahan air laut di persisiran pantai
  7. Hujan lebat berterusan yang boleh membawa kejadian tanah runtuh dan banjir.
Jadi bagi orang di Pantai Timur sila jauhi pantai ya sehingga tarikh 5 hb ini kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada keselamatan diri. Mari kita sama-sama berdoa agar siklon tropika Pabuk ini menjauhi Malaysia.

Sumber: Remaja

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post