Menangis Di MeleTOP! Haneesya Hanee Beri Ucapan Untuk Ibu & Jelas Padam Memori Dewi Remaja..

Menangis Di MeleTOP! Haneesya Hanee Beri Ucapan Untuk Ibu & Jelas Padam Memori Dewi Remaja..

Haneesya Hanee semalam menjadi tetamu undangan di program popular, MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa bersama perlakon, Remy Ishak.

Menangis Di MeleTOP! Haneesya Hanee Beri Ucapan Untuk Ibu & Jelas Padam Memori Dewi Remaja..
Menangis Di MeleTOP! Haneesya Hanee Beri Ucapan Untuk Ibu & Jelas Padam Memori Dewi Remaja..



Siapa sangka, bekas juara Dewi Remaja ini menangis apabila memberikan ucapan khas untuk ibunya ketika di program tersebut . Menurutnya, dia meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulang kesilapan yang sama malah akan membanggakan ibu yang selama ini menjadi tulang belakangnya.

ARTIKEL MENARIK: Imam Muda Asyraf Dedah Kenapa Dia Akan Minta Doa Dari Lan Pet Pet Setiap Kali Mereka Berjumpa


Hanee berjanji tak kan ulang lagi..



Hanee juga menjelaskan sebab dirinya memadam kenangan ketika menjuarai Dewi Remaja 2018/2019 kerana juga sedar dengan kesalahan yang dilakukannya.



Bagaiamanapun, Neelofa dan Remy sebagai hos jemputan semalam bagi menggantikan Nabil juga memberikan kata semangat buat Hanee.

VIDEO:


Sebelum ini Haneesya terpalit dengan kontroversi membabitkan beberapa finalis Dewi Remaja yang dikatakan berpesta dan minum arak sehingga kecoh dimedia sosial apabila tular satu rakaman video.

Bagaimanapun, pihak pemilik jenama Dewi Remaja Nu Ideaktiv telahpun memberi kenyataan awal berikutan isu tersebut yang mana dipandang serius.

Kenyataan awal..





Kenyataan terbabit telah dimuat naik menerusi Instagram Remaja dan mendapat perhatian ramai yang mana turut ingin mengetahui keadaan sebenar.

Kekecohan di dunia siber berhubung penyebaran video pesta arak membabitkan sebilangan peserta Dewi Remaja 2018/2019 menyebabkan penganjur pertandingan itu sedang memikirkan bentuk tindakan yang perlu diambil.

Nu Ideaktif selaku penganjur menjelaskan pihak mereka sedang menjalankan siasatan berkaitan isu berkenaan selepas ia menjadi perdebatan hangat netizen termasuklah mempertikaikan kredebiliti juara pertandingan itu, Haneesya Hanee selepas video berkenaan tersebar Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram Majalah Remaja, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.



Video di sebuah kelab malam dipercayai Haneesya bersama beberapa peserta Dewi Remaja 2018/2019 tersebar di Internet.

“Selaku pemilik jenama Dewi Remaja. Nu Ideakti memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/2019.

“Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan sewajarnya akan diambil,” menurut satu kenyataan yang dimuat naik pada Rabu.

Pada Isnin lalu, video kononnya mirip beberapa peserta termasuk juara program tersebut iaitu Haneesya Hanee sedang berhibur di sebuah kelab malam tersebar di internet.

loading...

Rata-rata netizen meminta pihak penganjur mengambil tindakan tegas dan tidak berdiam diri biarpun program tersebut sudah berakhir.



Kenyataan pihak penganjur pada Rabu.

Menerusi ruangan komen, netizen turut mendesak gelaran juara yang diberikan kepada pemenangnya ditarik balik berikutan dirasakan tidak memberi contoh yang baik kepada masyarakat.

“Tolong lakukan sesuatu dan jangan berdiam diri dalam hal ini. Kita mahu beri pendidikan dan contoh sikap yang baik kepada generasi baru. Tarik balik gelaran kerana merosakkan imej Dewi Remaja yang menjadi ikon selama ini,” ujar netizen.

Malam kemuncak pertandingan itu diadakan pada Ahad lalu dan ia disiarkan di Astro Ria.

Baru sahaja namanya menjadi sebutan ramai apabila bergelar juara bagi program Dewi Remaja 2018/2019, ada pula kontroversi menghimpit Haneesya Hanee.

Hanee yang membuatkan ramai yang mengagumi kecekalannya dalam menghadapi cabaran mengenai isu warna kulit membuatkan ada peminat menanyakan tentang kontroversi dia yang dikatakan sakan berparti.

Kontroversi itu bermula apabila terdapat satu rakaman video yang dikatakan mirip Hanee telah tular di media sosial.


Haneesya betul ke dalam video.. u and kawan2..

Bagaimanapun, netizen tidak cepat melatah namun cuba menanyakan kepadanya di Instagram namun ada juga yang turut kesal dengan video tersebut.


Buat malu la..


Apapun, diharapkan juara Dewi Remaja 2018/2019 ini memberikan respon agar tidak timbul pelbagai spekulasi yang lebih buruk membabitkan dirinya.

Sumber: Majalah Remaja / MHE TV / mstar / HCL

Sumber: meleTOP, Haneesya Hanee, himpunanceritalawak / mediaohsem.com / Catatan Terakhir

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post