Allahu, Murid Ini Dilanggar Oleh Teksi Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah. Netizen Luahkan Perasaan Tidak Puas Hati

Allahu, Murid Ini Dilanggar Oleh Teksi Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah. Netizen Luahkan Perasaan Tidak Puas Hati

Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya m4ut selepas motosikal dibonceng, dirempuh sebuah teksi dalam insiden di Jalan Maarof simpang Jalan Tanduk berdekatan Kuil Bangsar, awal pagi tadi.

Allahu, Murid Ini Dilanggar Oleh Teksi Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah. Netizen Luahkan Perasaan Tidak Puas Hati
Allahu, Murid Ini Dilanggar Oleh Teksi Ketika Dalam Perjalanan Ke Sekolah. Netizen Luahkan Perasaan Tidak Puas Hati

Sebelum kejadian, m4ngsa, Athirah Batricesya Azizi, 11, membonceng motosikal Yamaha FZ yang ditunggang abangnya, Amzar Hazieq, 18, dari rumah mereka di Pangsapuri Keretapi Tanah Melayu Berhad untuk ke sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahya berkata, ketika mangsa dan abangnya tiba di lokasi pada jam 7 pagi, motosikal mereka dirempuh sebuah teksi yang dipandu dari arah Mid Valley.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki Berjersi Manchester United Ceroboh MRT, Punca Tren Alami Kelewatan


Beliau berkata, pemandu teksi terbabit memandu di lorong paling kanan sebelum terus memasuki simpang Jalan Tanduk dan melanggar motosikal terbabit.

“Rempuhan itu menyebabkan m4ngsa dan abangnya terjatuh.

“Mangsa yang cedera di bahagian kepala serta anggota badan disahkan meniinggal dunia di lokasi oleh paramedik dari Bulan Sabit Merah, sementara abangnya mengalami luka di bahagian kaki kiri,” katanya.

Menurutnya, pemandu teksi lelaki berusia 59 tahun pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Zulkifli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987

loading...

Komen Netizen Yang Marah Kepada Teksi

Roy Rozaini “dah selalu npk pemandu teksi kurang ajar yg memandu seolah2 jlnraya ni d punya…bkn semua tapi majoriti”

Zammer Zaini “Satu lg alasan kukuh utk boikot teksi.. Kalau pemandu Grab mmg takut nk bawa suka2 hati sbb ada rating.. Driver teksi siapa pantau pe’el dia atas jalan? Customer rating?? Mmg dia tak peduli lah.. Sbb tu kalau nampak teksi saja hati2 lah.. dia boleh tiba2 berhenti, belok, rapat kiri atau kanan.. TANPA SIGNAL.. bila nampak ada customer lambai…”

Key Ell Brown “Mmg sedih.. sy ada ditmpt kejadian.. Ramai juga yg mengalirkan air mata dimasa tmpt kejadian.. semoga puteri syurga nie ditmptkan di tmpt orang2 beriman.”

Faizal Che Dat “sesetengah teksi mmg kurang ajar kat malaysia..masuk simpang xda bg signal..bingai..ingat TEKSI ni raja kat malaysia..jujur aku ckp, aku tak suka TEKSI..”

Sumber: Sinar Harian via KL Viral via My Info Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post