Bersumpah Atas Al Quran Nampak MH370 Terh3mpas. Dan Ini Apa Yang Berlaku Ketika Itu

Bersumpah Atas Al Quran Nampak MH370 Terh3mpas. Dan Ini Apa Yang Berlaku Ketika Itu

Bersumpah Atas Al Quran Nampak MH370 Terh3mpas. Dan Ini Apa Yang Berlaku Ketika Itu

Bersumpah Atas Al Quran Nampak MH370 Terh3mpas. Dan Ini Apa Yang Berlaku Ketika Itu
Bersumpah Atas Al Quran Nampak MH370 Terh3mpas. Dan Ini Apa Yang Berlaku Ketika Itu

PETALING JAYA – Saksi warga Indonesia, Rusli Khusmin yang mendakwa melihat sendiri pesawat MH370 terhempas di lautan Sumatera membuat akuan sumpah dengan al-Quran pagi ini.
Menurutnya, dia yang berada di tempat kejadian pada pagi 8 Mac 2014 menyaksikan pesawat itu rosak, asap hitam dan bau busuk asid daripada pesawat berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Sultan Pahang, Sultan Abdullah Bertitah Pada Hari Pertabalan Dalam Keadaan Sebak. Tengku Puan Pahang Dan Hadirin Disitu Juga Merasa Sedih


“Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi, hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air,” katanya yang diterbangkan khas dari Indonesia, dalam sidang media di Lake View Club, di sini, hari ini.
Turut menyaksikan akuan sumpah itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Seri Nadzim Johan.
“Namun saya hampa kerana selama dua hari meninjau perkembangannya, tiada apa-apa yang timbul dari laut, tiada serpihan, hanya asap hitam dan bau busuk asid,” katanya yang juga merupakan nelayan dari Pengkalan Susu Indonesia.

loading...

Bagaimanapun katanya, dia berjaya merakam kejadian pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) termasuklah badan atau bayangan kejadian pesawat yang tenggelam di dalam lautan itu.
Susulan itu Rusli hari ini menyerahkan data GPS , bukti di tapak kejadian dan impak kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) Dr Jacob George.
Sementara itu, Dr Jacob berkata oleh itu pihaknya secara rasmi akan menghantar hasil bukti ini kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menunggu tindakannya untuk menyelesaikan perkara ini.
Sumber Artikel: Sinar Harian

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post