NUR Farhana Ibrahim, 27, yang dilaporkan hilang sejak 14 Januari lalu, dijumpai selamat di luar Pulau Pinang, hari ini.
Alhamdullilah, Ustazah Yang Hilang Ditemui. Ustazah Ini Dijumpai Dikawasan Ini Dan Ini Respond PDRM |
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, pihaknya menjumpai mangsa pada 4 petang, namun enggan mengulas lanjut bagi memberi ruang kepada keluarga mangsa.
ARTIKEL MENARIK: Bersumpah Atas Al Quran Nampak MH370 Terh3mpas. Dan Ini Apa Yang Berlaku Ketika Itu
“Semua pihak perlu faham mangsa menghidap kemurungan dan tidak mahu memberi tekanan kepadanya.
“Apa yang penting sekarang dia selamat dan mahu dia bertenang bersama keluarganya.
“Maklumat lanjut akan saya kongsikan dan terima kasih kerana semua pihak faham,” katanya dalam satu kenyataan media di Balik Pulau, hari ini.
Difahamkan, mangsa ditemui di Kuala Kangsar dan ahli keluarga ustazah itu dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.
Dalam kejadian 14 Januari lalu, suami mangsa menyedari kehilangan Nur Farhana yang juga seorang ustazah di sebuah sekolah di Balik Pulau apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dibuatnya pada 4.30 petang.
Pada 6.30 petang hari kejadian, suami mangsa pulang ke rumah dan dapati telefon bimbit isterinya berada di atas almari bilik tidur mereka.
loading...
Suami mangsa dikenali sebagai Naim kemudiannya menghubungi rakan isterinya dan bertanyakan di mana Nur Farhana berada, selain dia dimaklumkan bahawa kereta isterinya berada di luar kawasan pagar sekolah.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau pula mengesahkan mangsa hadir ke sekolah itu pada 14 Januari lalu dan mengajar murid seperti biasa, namun tidak hadir bertugas keesokan harinya.
Nur Farhana dilaporkan pernah menerima rawatan Psikiatri (kemurungan) pada 2014 dan berulang alik dari Langgar, Kedah ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk mengajar
Kredit : KLViral
Post a Comment