Wang Tabung Harapan Lesap RM90 Juta, Kenapa Tiada Langsung Tindakan Diambil – Anina Saadudin

Wang Tabung Harapan Lesap RM90 Juta, Kenapa Tiada Langsung Tindakan Diambil – Anina Saadudin

Wang Tabung Harapan Lesap RM90 Juta, Kenapa Tiada Langsung Tindakan Diambil – Anina Saadudin

Wang Tabung Harapan Lesap RM90 Juta, Kenapa Tiada Langsung Tindakan Diambil – Anina Saadudin
Wang Tabung Harapan Lesap RM90 Juta, Kenapa Tiada Langsung Tindakan Diambil – Anina Saadudin

Bekas pemimpin PPBM, Anina Saadudin mempersoalkan mengapa tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan terhadap pihak yang ‘mencuri’ separuh daripada wang kutipan daripada Tabung Harapan Malaysia (THM).

ARTIKEL MENARIK: '26 produk KitKat dari Jepun tidak selamat untuk pengguna muslim' - Halal Japan


Anina berkata, selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mencanang kononnya hutang negara mencecah RM1 trillion, mereka berjaya meraih simpati rakyat untuk menderma bagi meringankan beban hutang negara sehingga kutipan untuk THM mencecah RM 180 Juta.

Bagaimanapun dakwanya, kira-kira separuh daripada wang kutipan THM diumumkan ‘hilang’ namun yang paling menghairankan, kerajaan pimpinan Mahathir langsung tidak mengambil tindakan berhubung kehilangan wang itu.

“Setelah derma mencapai nilai RM180 juta, diumumkan pula separuh telah hilang? Namun sehingga kini tiada pun diambil tindakan ke atas individu yang mencuri wang derma tersebut? Kenapa?

“Dato Seri Najib di dakwa atas isu SRC International berjumlah RM42 juta sedangkan wang Tabung Harapan sendiri pun diselewengkan lebih dari itu? Tiada tangkapan, tiada dakwaan?,” kata Anina menerusi blog beliau.

Tambah Presiden Empirical Malaysia itu lagi, paling tidak masuk akal ialah apabila Mahathir selaku perdana menteri yang juga Pengerusi PH mengumkan kutipan wang THM bukan digunakan untuk membayar hutang.

“Apabila Tun Mahathir berjaya mencapai cita-citanya menjatuhkan Dato Seri Najib, beliau umumkan hutang negara mencecah RM1 trillion dan kononnya Dato Seri Najib berbohong dengan angka yang dikeluarkan oleh Bank Negara sebelum itu RM687 billion.

“Hakikatnya, peratusan hutang berbanding pendapatan (KDNK) bagi Malaysia hanya 50.8 peratus. Ini bermakna bagi setiap RM10 hutang, negara kita hanya perlu membayar hutang berjumlah RM5.08 sen. Apakah itu lambang kebankrapan? Muflis kah?


“Lantas diwujudkan Tabung Harapan bagi mengutip derma dari rakyat.

“Akhirnya Tun Mahathir umumkan wang Tabung Harapan hanya gimmick dan tidak akan digunakan untuk membayar hutang negara pun. Kegilaan apakah ini?,” soalnya lagi.

Kerajaan PH menghentikan kutipan THM pada awal September.

Sejak dilancarkan pada 30 Mei 2018, tabung tersebut telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM180 juta melalui kutipan secara langsung dan secara dalam talian.

Bagaimanapun Mahathir dilaporkan berkata, inisiatif mewujudkan THM merupakan simbolik untuk menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia dan bukan bertujuan untuk membayar hutang.

SUMBER : SuaraTv via Lubok Cerita Express

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post