Terkini Akhirnya Adib Boleh Bergerak Dan Ini Apa Yang Dia Boleh Buat Setakat Ini
Terkini Akhirnya Adib Boleh Bergerak Dan Ini Apa Yang Dia Boleh Buat Setakat Ini |
KUALA LUMPUR: Anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 yang parah dipukul perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya sudah boleh menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata perkara itu dimaklumkan doktor yang merawat Muhammad Adib di Institut Jantung Negara (IJN) ketika lawatan beliau hari ini.
ARTIKEL MENARIK: Kerana Terharu Dengan Soalan Pelajar Hati Emas Ini, Tony Fernandes Buat Kejutan Untuk Dia
“Doktor menasihatkan Muhammad Adib tidak menerima pelawat dan hanya boleh dilihat begitu saja, namun pihak IJN ada memaklumkan kepada saya mengenai perkembangan terkini kesihatannya.
“Dia sudah boleh menulis pada papan putih kalau dia perlukan apa-apa, dan itu pastinya satu perkembangan yang baik kerana dia sudah mampu memberi tindak balas,” katanya pada sidang media selepas melawat Muhammad Adib di IJN, hari ini.
Terdahulu, Mujahid menyampaikan wang sumbangan mewakili Yayasan Taqwa di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.
“Sumbangan ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak kewangan ibu bapa Muhammad Adib yang mungkin memerlukannya sepanjang berada di sini ketika anaknya dirawat.
“Saya juga harap lawatan saya ini dapat menjadi kekuatan kepada keluarga Muhammad Adib untuk melalui trauma yang menimpa anaknya sebelum ini,” katanya.
Dalam kejadian awal pagi 27 November lalu, Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil itu.
Akibat kejadian itu, Muhammad Adib yang cedera parah ketika bertugas itu dimasukkan ke unit jagaan rapi di Pusat Perubatan Ramsay Sime Darby, Subang Jaya, kira-kira jam 1 pagi.
Beliau bagaimanapun dipindahkan ke IJN, Kuala Lumpur, pada keesokan malamnya dan dilaporkan tidak lagi menggunakan mesin sokongan jantung.
Sumber : Berita Harian
Post a Comment