TMJ Sedih Bila Ada Yang Cuba Ambil Kesempatan Diatas Kesusahan Orang Lain. Ini Yang Apa TMJ Bagitahu
TMJ Sedih Bila Ada Yang Cuba Ambil Kesempatan Diatas Kesusahan Orang Lain. Ini Yang Apa TMJ Bagitahu |
Zaman sekarang memang banyak produk produk kesihatan di pasaran yang bukan datang pihak hospital atau farmasi. Produk yang mereka jual memang jauh lebih murah dari pihak yang sepatutnya.
Testimoni testimoni yang mengatakan produk mereka berjaya juga menyebabkan ramai yang sebelum ini putus harapan dan mencuba produk mereka. Perkara ini mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ.
ARTIKEL MENARIK: Selepas Tony Fernandes Umumkan 4 Penerbangan Khas Untuk Ekor Harimau Malaya Ke Vietnam, Dia Dedahkan Sesuatu Yang Memang Tak Dijangka Pada Waktu Dulu Untuk Ultras
“Ramai Yang Terpedaya” – TMJ
Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak ubat buatan sendiri yang dijual di internet secara besar-besaran dan dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit seperti diabetis, kanser, resdung, sakit lutut, gout, termasuk ubat menguatkan keupayaan batin, ubat melangsingkan badan dan ubat ketinggian fizikal.
Apa yang amat membimbangkan saya adalah, ramai yang terpedaya dengan dakwaan ini dan membeli produk berkenaan tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Sekiranya ubat-ubatan berkenaan mampu merawat penyakit kronik, sudah pasti pesakit-pesakit seluruh dunia dapat sembuh dengan segera. Malah terdapat kes di mana orang yang mengambil ubat berkenaan mengalami kerosakan buah pinggang dan sebagainya. Saya merasa sedih melihat ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas pesakit-pesakit ini.
Untuk mendapatkan ijazah dalam perubatan, seseorang itu perlu belajar selama 5 tahun. Tetapi untuk menjual ubat palsu ini, anda hanya perlu menghadiri kursus satu hari.
Saya tidak berniat untuk menjatuhkan usaha dan semangat anda untuk berniaga, namun ubat yang salah boleh memudaratkan nyawa orang lain. Selain daripada ubat-ubatan sebegini, usahawan e-dagang boleh menjual barangan lain seperti elektronik dan pakaian.
Dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, bukannya mengambil risiko dengan membeli ubat-ubatan yang tidak disahkan oleh KKM. Saya juga ingin menasihati orang ramai agar memantau ahli keluarga anda, supaya tidak membeli ubat-ubatan yang boleh memudaratkan kesihatan orang yang tersayang.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Sumber Artikel : HRH Crown Prince of Johor via KLViral
Notakaki: Harap sebelum mengambil apa apa produk kesihatan atau supplement, sila rujuk dengan doktor anda dahulu. Jangan disebabkan harga yang murah janganlah mudah diperdaya
Post a Comment