Selepas Tony Fernandes Umumkan 4 Penerbangan Khas Untuk Ekor Harimau Malaya Ke Vietnam, Dia Dedahkan Sesuatu Yang Memang Tak Dijangka Pada Waktu Dulu Untuk Ultras

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menyediakan penerbangan khas ke Hanoi sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya menyediakan empat penerbangan tambahan pada tambang RM449 pergi-balik untuk penyokong Harimau Malaya.

ARTIKEL MENARIK: (Video) Malaysia Terikat Seri Dengan Vietnam Tetapi Gol Sepakan Percuma Safawi Rasid Membuat Pemain Vietnam Terlopong Sekejap

“Terima kasih kepada kakitangan saya kerana bekerja keras untuk mendapatkan slot penerbangan (tambahan) ke Hanoi,” katanya dalam catatan menerusi Twitterny
Fernandes turut mengucapkan terima kasih kepada krew penerbangan kerana terpaksa membatalkan cuti mereka untuk mengendalikan penerbangan tambahan tersebut.
Pada Jumaat, Fernandes berkata jumlah pesawat yang bakal disediakan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi.
Terdahulu, ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand baru-baru ini, AirAsia menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya.

LUAHAN TONY FERNANDES

Dalam kegembiraan ini, Fernandes turut menyuarakan kekecewannya terhadap pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Katanya, selama ini apabila AirAsia melakukan penerbangan amal, penerbangan percuma serta penerbangan khas seperti dilakukan untuk Ultras, MAHB tidak pernah memberi pengecualian khas seperti cukai lapangan terbang percuma.
”Dalam tempoh 17 tahun kami mencuba yang terbaik untuk membantu orang ramai, bukan sesuatu yang senang. Kami diserang oleh beberapa pihak, namun ramai di luar sana menghargai apa kami lakukan,” kata Fernandes.
Sumber Artikel : Astro Awani VIA KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post