Siapakah Tunang Remy Ishak, Gadis Manis Yang Berjaya Menjadi Pujaan Hati Kanda Ini?
Siapakah Tunang Remy Ishak, Gadis Manis Yang Berjaya Menjadi Pujaan Hati Kanda Ini? |
Nama penuhnya Roszaliza Yusof atau dikenali Ezza, merupakan seorang penggemar fesyen. Pada siapa yang follow Ezza di Instagram, dia selalu memuat naik gambar trend pemakaian terkini serta design kasut/heels yang terkini.
ARTIKEL MENARIK: Dato Fazley Yaakob Terkejut Ada Yang Membawang Teruk Atas Video Dia Marah Pekerja Restoren Beliau. Ini Sebenar Yang Terjadi
Tidak hairan lah Ezza mempunyai perniagaan yang berlandaskan fesyen iaitu menjual kasut untuk kaum wanita. Ezza merupakan founder @2tomorrowmy. Anda boleh lihat kasut-kasut yang dijualnya sangat cantik dan trendy. Nak tahu lebih lanjut anda boleh check out di laman Instagram Ezza.
Jika anda salah seorang followers Ezza di instagram, anda akan tahu bahawa mereka ni merupakan rakan baik dan sentiasa menyokong karier masing-masing.
Sama cantik, sama padan. Akhirnya 1 Mei merupakan tarikh yang mereka tidak akan lupa buat selamanya kerana tarikh itu merupakan detik bermulanya perjalanan mereka untuk mendirikan rumahtangga dan mulakan hidup bersama.
Remy Ishak lebih senang untuk tidak menceritakan lebih lanjut tentang berita pertunangannya itu tetapi kami pasti ramai yang gembira. Apa-apa pun kami doakan supaya pasangan ini hadapi fasa pertunangan dengan tenang dan seterusnya ke jinjang pelamin.
Tunang kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof menjelaskan dia belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak seperti yang tersebar di internet.
Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkata, kanak-kanak lelaki dalam foto yang tersebar di sebuah blog hiburan adalah anak saudaranya.
“Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa perkara tentang diri saya, saya tidak pernah berkahwin dan kanak-kanak lelaki itu bukan anak saya. Dia anak saudara saya,” tulisnya di
Blog yang menyiarkan artikel berkaitan beberapa perkara menarik tentang Ezza.
Tunang kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini membetulkan fakta sebuah blog yang mendakwa dia mempunyai seorang cahaya mata.
Sementara itu, Ezza meminta pihak berkenaan untuk membetulkan fakta tersebut sebelum timbul sebarang fitnah.
“Saya harap mana-mana pihak berkenaan dapat betulkan kenyataan berikut sebelum ianya tersebar menjadi fitnah,” tulisnya.
Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu.
Sumber: Instagram Ezza Yusof/ohbulan
Post a Comment