Menangis Mereka Bila Dengar Bagaimana Jen4zah Umur 5 Tahun Ini Menemui Aj4l

Menangis Mereka Bila Dengar Bagaimana Jen4zah Umur 5 Tahun Ini Menemui Aj4l

Menangis Mereka Bila Dengar Bagaimana Jen4zah Umur 5 Tahun Ini Menemui Aj4l

Menangis Mereka Bila Dengar Bagaimana Jen4zah Umur 5 Tahun Ini Menemui Aj4l
Menangis Mereka Bila Dengar Bagaimana Jen4zah Umur 5 Tahun Ini Menemui Aj4l

(Artikel ini telah dikemaskini bagi menghormati semua pihak yang terlibat).
Semalam, memetik laporan media Bernama seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun meniinggal dunia di Hospital Sultan Ismail pada tengah malam dipercayai akibat did3ra ayah kandung dan ibu tirinya.

ARTIKEL MENARIK: 'Pakcik nak Dinner Plate yang ayamnya 9 ketul' - Jarang datang KFC, namun demi menggembirakan anak-anak


Mangsa sebelum itu dihantar ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam serta bengkak pada bahagian kanan muka, dada, perut dan kedua-dua betis kanak-kanak malang itu.
Seorang sukarelawan daripada pasukan amalteam yang membantu dalam urusan penghantaran jena zah mereka yang tidak berkemampuan, kebetulan tampil berkongsi pengalamannya dalam membawa pulang jena zah dipercayai kanak-kanak itu dari Johor Bahru ke Rawang untuk dikebumikan.
Menurut Mohd Zulhairi Zainol, jena zah yang dibawa itu adalah jena zah kanak-kanak berusia lima tahun yang mengalami pendarahan di kepala. Mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus membantu. Moga lebih ramai lagi rakyat Malaysia membantu menggerakkan usaha murni ini.
Aku sentiasa bersyukur Ya Allah, kau sentiasa menemukan aku kes2 sebegini kes2 waris yang kurang berkemampuan untuk kami sama-sama membantu.
Lanjutan kes malam tadi setelah posting dimuat naik untuk mencari van jena zah di jb untuk dibawa balik ke rawang, Hery ditemukan dengan 1 kariah kampung ulu tiram yg sanggup bersama-sama membantu membawa jena zah ini ke rawang tanpa sebarang caj.
Pukul 4.46am van jena zah di Johor Bahru berjumpa kami di tol bangi, kerana kami pula akan membantu membawa jena zah ke rawang untuk di kebumikan. Untuk pengetahuan kalian semua, jena zah ini budak berusia 5 tahun, mengalami pendarahan di kepala..
Ibunya datang dari Penang ke Johor Bahru untuk membantu urusan jena zah anaknya ditemani rakan-rakannya.. tidak mempunyai kenderaan di Johor Bahru, terpaksa book grab pula ke hospital.. ibunya adalah seorang ibu tunggal.
Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol
Setelah rakan-rakan cuba sedaya upaya mencari van jena zah seawal magrib semalam sehingga buntu tidak tahu pada siapa hendak di cari… alhamdulilah ada hamba Allah di hospital memberikan nombor telefon hery kepada waris.
Alhamdulilah selesai urusan van jena zah dan kami selamat sampai di rawang kini. terima kasih kariah Ulu Tiram, ramai yang membantu siap ada kenderaan lain yang ikut dari Jb ke Bangi.. sumbangan RM700 diberikan kepada mereka untuk kos tol & minyak dan duit makan mereka, sumbangan adalah dari kalian semua yang tak putus-putus membantu dari malam tadi.

Gambar : FB Mohd Zulhairi Zainol
So tugas amalteam pula untuk membantu membawa jena zah dikebumikan dan membantu waris dan rakannya ke stesen bus untuk pulang ke Jb, kerana ada benda berkaitan harus ibunya selesaikan juga….
Ada benda hery tidak boleh jelaskan secara detail kerana untuk menjaga aib si waris terutama ibunya. Apa-apa pun terima kasih rakan-rakan fb, volunteer badang & mirul membantu. Doakan urusan kebumi dipermudahkan…..


Menurut seorang sukarelawan amalteam, Afiz Ayub, sepanjang pengurusan anak syurga ini, semua sukarelawan yang terlibat tidak mampu menahan rasa sedih dan pilu. Masing-masing memeluk erat dan mendukung anak syurga ini. Suasana agak suram dan hiba dari pagi tadi sehingga urusan pengebumian selesai.
Jelasnya, andai kata ada yang tak mampu menjaga amanah Allah SWT ini, hubungilah pihak mereka dan janganlah melakukan pend3raan kepada kanak-kanak yang tak bersalah.
Sumber Artikel : Siakap Keli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post