Setelah Sekian Lama Akhirnya Ibu Adib Bersuara Dan Ini Tuntutan Ibu Arw4h Adib
Setelah Sekian Lama Akhirnya Ibu Adib Bersuara Dan Ini Tuntutan Ibu Arw4h Adib |
“Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu.. sampai bunuh anak saya,”demikian luah Asma Aziz, 51, ibu kepada arw4h Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang ma ut akibat dibelasah sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, November lalu.
Asma berkata, dia mahu melihat sendiri wajah pelaku yang tergamak meragut nyawa anaknya yang ketika itu sedang menjalankan tugas dan besar harapannya sebagai seorang ibu untuk melihat si pelaku dihadapkan ke muka pengadilan untuk menuntut bela terhadap kema tian anaknya.
ARTIKEL MENARIK: Sepupu Mendedahkan Arwah Adib Telah Membeli Sesuatu Untuk Majlis Perkahwinannya. Orang Kampung Tak Sabar Rai Perkahwinan
“Saya nak depa dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan,”katanya ketika ditemui wartawan di rumahnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Alor Setar.
Menurut Asma, anak kedua daripada empat beradik itu amat rapat dengan keluarga dan sentiasa pulang ke kampung setiap kali cuti. Mengimbas semula sifat Adib, arw4h juga akan mengambil cuti untuk membantu bapanya mengerjakan sawah setiap kali tibanya musim menanam padi.
“Kalau cuti dua haripun, arw4h akan pulang ke rumah menaiki keretapi atau bas sebab arw4h memang rapat dengan keluarga.
“Kalau musim menanam padi, arw4h akan menghubungi bapanya untuk mengambil cuti dan membantu di sawah,” katanya.
Asma mengakui, dia masih tidak dapat tidur lena malam tadi kerana terlalu rindukan Adib. Apabila ditanya lanjut mengenai arw4h, Asma tidak dapat menjawab kerana terlalu sebak.
Mengenai majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada 22 Disember ini, Asma belum lagi membuat keputusan sama ada mahu menukar majlis itu sebagai kenduri tahlil kerana dia masih sedih dengan pemergian Adib.
PEGAWAI Psikologi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Maznah Hassan (kiri) memberi penerangan mengenai kaunseling kepada Asma Aziz ketika melawat di kediamanya di Kampung Tebengau
Walaupun begitu, Asma berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan ramai pihak khususnya di media sosial yang mahu kema tian Adib dituntut bela dan pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan.
“Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)… saya tak sanggup lagi,” katanya.
Sumber Artikel : The Reporter
Post a Comment