Pelukis Ini Dihent4m Netizen Kerana Membuat Lukisan Ini Tentang Adib Dan Tunangnya
Pelukis Ini Dihent4m Netizen Kerana Membuat Lukisan Ini Tentang Adib Dan Tunangnya |
Orang ramai masih lagi bersedih dan terkesan dengan pemergian Muhammad Adib. Masing-masing prihatin dan sama-sama berharap agar individu yang bersalah diheret ke muka pengadilan. Tapi, di sebalik kesedihan yang dirasai ramai rakyat Malaysia, ada pula pihak yang dikatakan tidak sensitif dan ambil kesempatan dengan kematian wira negara itu.
Semalam, viral satu tweet yang menaikkan kemarahan ramai netizen di Twitter. Katanya, individu yang update tweet tu dah mempergunakan kematian arwah Adib untuk meraih perhatian atau senang kata, dia nak dapat banyak retweet.
ARTIKEL MENARIK: Janda Ini Buat Hal Lagi Apabila Menghina Tentang Kem4tian Anggota Bomba Adib. Biadap Sungguh
“Kita nikah di syurga ya sayang.”
Tweet tu menunjukkan satu hasil lukisan arwah Adib yang memakai uniform bomba di samping tunangnya yang berpakaian seperti seorang pengantin di hari pernikahan. Kononnya, menunjukkan kesedihan bahawa cinta mereka tidak kesampaian dek kerana Adib dijemput Ilahi sebelum majlis mereka berlangsung.
Apa yang buat ramai netizen bengang adalah kerana gambar tu menunjukkan seolah-olah tangan Adib berada atas paha tunangnya dan menyentuh tangan wanita itu sedangkan ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
Seorang netizen berkata..
Ramai juga yang berkata posting ni ibarat mencurah air ke luka dan tunang arwah akan lagi sedih kalau nampak, buatkan dia susah untuk move on.
“Tunang beliau masih dalam tempoh berduka. Usahlah dilaratkan lagi dengan elemen-elemen emosi dan sentimental yang tak perlu dan tak membantu.”
Kebanyakannya minta individu ni untuk delete tweet dia dan ada juga yang beritahu mereka dah report tweet tu sebab inappropriate. Apatah lagi, ianya akan beri kesan buruk kepada ahli keluarga arwah Adib dan tunangnya.
Paling relevan sekali adalah komen bahawa kita sepatutnya lebih tumpukan dan fahami keremukan hati kedua ibu bapa arwah yang menjaganya dari kecil dan terpaksa terima hakikat anak mereka pergi terlebih dahulu di usia yang muda.
Notakaki: Pendapat admin, lebih baik kita tumpukan kepada ibu bapa Adib. Bukan nak menidakkan tunang adib tetapi rasanya yang lebih terkesan adalah keluarga Adib sendiri terutama ibu bapa. Semoga keluarga Adib tabah dan bersabar.
Sumber Artikel : Lobak Merah via KLViral
Post a Comment