Semb3lih Ayam Lepastu Campak Dalam Air. JAIS Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka Jumpa
Semb3lih Ayam Lepastu Campak Dalam Air. JAIS Siasat Dan Ini Apa Yang Mereka Jumpa |
Satu rakaman video yang pada mata kasar menunjukkan penyembelihan dan pemprosesan ayam dilakukan tanpa mengikut hukum syarak selain mengenepikan aspek kebersihan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Aktiviti itu dikatakan berlaku di Seri Kembangan, Selangor.
ARTIKEL MENARIK: Driver Bas Dipukul Beramai-ramai Oleh Pelayan RnR Gambang. Dan Menurut Saksi Ini Apa Yang Berlaku Sebenarnya
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengenal pasti lokasi premis berkenaan dan telah menjalankan siasatan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar premis terbabit.
“Laporan berkaitan akan dikeluarkan kemudian setelah siasatan lengkap dilakukan,” katanya.
Haris bagaimanapun berkata berdasarkan kepada klip video berkenaan, premis itu nampaknya tidak mempunyai sijil halal.
“Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal bagi pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat termasuk dari aspek kebersihan,” katanya.
Video berdurasi tiga minit 40 saat yang dikongsi di media sosial itu antara lain memaparkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor ayam tanpa mengikut hukum syarak sebelum dibiarkan mati dengan mencampakkannya ke dalam bekas besar berisi air.
Ia turut menunjukkan ayam yang telah disembelih diuruskan di atas lantai simen yang dipenuhi darah oleh beberapa pekerja lain.
Sumber Artikel: Siakap Keli
Video Yang Telah Menjadi Tular..
NOTAKAKI: Patutlah sekarang tular di media sosial untuk boikot beberapa produk termasuk ayam. Pilihla makanan yang diyakini Halal Toyibban.. Insyallah dipermudahkan.. mahal sikit takpe janji Halal.
Kredit : KLViral
Post a Comment