Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib. Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib. Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib. Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib. Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai
Berhimpun Di Klang Tuntut Waytha Letak Jawatan Demi Keadilan Untuk Arwah Adib. Anda Mesti Terkejut Berapa Ramai

BANDAR KLANG – Lebih 1,500 orang terdiri daripada umat Islam berhimpun secara aman di Dataran Seni, di sini, petang ini bagi mendesak peletakan jawatan P Waythamoorthy sebagai Menteri Perpaduan, dalam usaha menuntut keadilan bagi kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS), himpunan yang dinamakan ‘Keadilan Untukmu Adib dan Desakan Pecat Waytha Moorthy’ turut mendapat sokongan NGO lain iaitu Gerakan Srikandi Malaysia (GSIM), Angkatan Laksamana Bukit Jati Klang (ALBJ), Badan Amal Tarbiyah Sejagat (BATAS), Pertubuhan Ikatan Muafakat Serumpun Malaysia (SERUMPUN) dan Kebajikan Sejagat Malaysia (SEJAGAT).

ARTIKEL MENARIK: Tuan Guru Hadi Awang Digelar ‘Rasis’ Oleh Lelaki Ini Ketika Di London. Soalan Diberi Kepada TGHA Bertubi Tubi Dan Ini Jawapan Beliau


Menurut Presiden Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS), Abu Bakar Mohamed, matlamat utama himpunan ini adalah menuntut Waythamoorthy meletak jawatan kerana mendakwa menteri itu menjadi ‘petualang’ kepada insiden rusuhan sehingga membawa kepada kematian anggota bomba itu. 
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 9.41 malam Isnin minggu lalu, selepas 21 bertarung nyawa akibat dipukul perusuh dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 November lalu. 
“Saya ingin beritahu kita desak ini, petualang ini, supaya dia letak jawatan. Layak ke dia jadi Menteri Perpaduan? Layak ke?
“Kita ada kontrak sosial.. apakah dia? Belajar sejarah, tahu sejarah, baru kita boleh bangkit!,” katanya di hadapan peserta himpunan.
Antara tuntutan lain GERAS adalah mendesak supaya Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dan Exco Selangor, V Ganabatirau turut disingkirkan; menguatkuasakan Akta Kontrak Sosial; meminta mana-mana individu mahupun menteri tidak sesekali menghina agama Islam sebagai agama rasmi yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara.
Selain itu, mereka juga meminta kerajaan negeri mahupun pusat mengambil tindakan secara ilmiah kepada mana-mana rumah ibadat yang wujud secara haram supaya perkara yang sama seperti di Seafield tidak berulang; tiada perbuatan menghina kedudukan Raja-Raja Melayu serta penjawat awam di negara ini dan menuntut penghapusan ICERD.


Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwandin Hamzah pula memberi amaran mengenai kebangkitan suara Melayu sekiranya tuntutan itu tidak diendahkan kerajaan.
“Ini amaran kita. Ini bukan Waytha Moorthy. Ini Paria Moorthy. Bermula hari ini nama dia kita ubah Paria Moorthy. Kita mintak dia undur segera.
“Andai kata tak mahu melakukan perkara ini kamu jangan ingat Melayu tak boleh bangun bangkit serang kamu,” katanya.
GERAS akan menghantar tuntutan berkenaan kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat.
Terdahulu, peserta himpunan berkumpul di Masjid Diraja Klang dan menunaikan solat Asar berjemaah dan solat jenazah ghaib. 
Mereka kemudian berarak ke Dataran Seni Klang yang terletak kira-kira 500 meter dari masjid berkenaan.
Peserta himpunan bersurai tepat jam 6.30 petang.
Kredit : KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post