(Video) Malaysia Terikat Seri Dengan Vietnam Tetapi Gol Sepakan Percuma Safawi Rasid Membuat Pemain Vietnam Terlopong Sekejap

(Video) Malaysia Terikat Seri Dengan Vietnam Tetapi Gol Sepakan Percuma Safawi Rasid Membuat Pemain Vietnam Terlopong Sekejap

(Video) Malaysia Terikat Seri Dengan Vietnam Tetapi Gol Sepakan Percuma Safawi Rasid Membuat Pemain Vietnam Terlopong Sekejap

(Video) Malaysia Terikat Seri Dengan Vietnam Tetapi Gol Sepakan Percuma Safawi Rasid Membuat Pemain Vietnam Terlopong Sekejap
(Video) Malaysia Terikat Seri Dengan Vietnam Tetapi Gol Sepakan Percuma Safawi Rasid Membuat Pemain Vietnam Terlopong Sekejap

KUALA LUMPUR: Malaysia mengikat Vietnam 2-2 dalam perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Skuad Harimau Malaya sebelum itu ketinggalan 0-2 kepada skuad Naga Emas pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun pada minit ke-36, pemain pertahanan negara Shahrul Saad berjaya membolosi gawang pihak lawan, menjadikan keputusan 1-2.

Pada separuh masa kedua pula, Malaysia sekali lagi memperolehi jaringan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-60 melalui tendangan percuma.

Jaringan tersebut menjadikan keputusan penuh perlawanan 2-2.

ARTIKEL MENARIK: Bila Tanya Penyokong Vietnam Siapa Akan Menang, Terkedu DJ Era Ini Dengan Jawapan Dia Yang Mengelirukan. Pandai Dia Cover Line


2 gol belum cukup buat Harimau Malaya


Wisel penamat aksi perlawanan akhir pusingan pertama di antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak membuatkan debaran jutaan penyokong berasa lega.
Kalau salah perkiraan keputusan seri 2-2 sebentar tadi akan menjadi mimpi ngeri skuad Harimau Malaya yang cuba menjulang piala berpestij untuk rantau Asia Tenggara pada edisi kali ini.
Keputusan aksi perlawanan itu memang jelas tidak memihak kepada anak didik Tan Cheng Hoe untuk dijadikan bekalan bagi dipertaruhkan ke perlawanan penentuan di Hanoi 15 Disember nanti.
Dalam keadaan sekarang Vietnam hanya perlukan keputusan seri 0-0 untuk menjulang Piala AFF tahun ini berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan.
Keberadaan Mohamadou Sumareh, Norshahrul Idlan Talaha, Safawi Rasid dan kapten, Zaquan Adha Abd Radzak di barisan hadapan memang dilihat begitu ghairah sejak awal untuk mencari jaringan awal.
Namun, selepas minit ke-20 rentah pertahanan negara menjadi sumbang selepas pasukan pelawat berhasil meraih gol pertama.

Video Gol Menakjubkan Dari Safawi Rashid


Empat penerbangan khas ke Hanoi pada tambang RM449 – Tony Fernandes


Empat penerbangan khas ke Hanoi pada tambang RM449 - Tony Fernandes
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan menyediakan penerbangan khas ke Hanoi sempena aksi final kedua Piala AFF Suzuki 2018, Sabtu ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya menyediakan empat penerbangan tambahan pada tambang RM449 pergi-balik untuk penyokong Harimau Malaya.
“Terima kasih kepada kakitangan saya kerana bekerja keras untuk mendapatkan slot penerbangan (tambahan) ke Hanoi,” katanya dalam catatan menerusi Twitternya.
Fernandes turut mengucapkan terima kasih kepada krew penerbangan kerana terpaksa membatalkan cuti mereka untuk mengendalikan penerbangan tambahan tersebut.
Pada Jumaat, Fernandes berkata jumlah pesawat yang bakal disediakan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa lapangan terbang Hanoi.


Terdahulu, ketika aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Rajamangala, Thailand baru-baru ini, AirAsia menyediakan sebuah pesawat penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya khususnya anggota kelab Ultras Malaya.
Dalam kegembiraan ini, Fernandes turut menyuarakan kekecewannya terhadap pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Katanya, selama ini apabila AirAsia melakukan penerbangan amal, penerbangan percuma serta penerbangan khas seperti dilakukan untuk Ultras, MAHB tidak pernah memberi pengecualian khas seperti cukai lapangan terbang percuma.
”Dalam tempoh 17 tahun kami mencuba yang terbaik untuk membantu orang ramai, bukan sesuatu yang senang. Kami diserang oleh beberapa pihak, namun ramai di luar sana menghargai apa kami lakukan,” kata Fernandes.
Sumber Artikel : Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post