Rakaman Terbaru Menunjukkan Saat Kereta Bomba Undur Sehingga Melanggar Van Bomba. Bukti Ini Agak Kukuh Adib Tidak Dilanggar Sebenarnya

Rakaman Terbaru Menunjukkan Saat Kereta Bomba Undur Sehingga Melanggar Van Bomba. Bukti Ini Agak Kukuh Adib Tidak Dilanggar Sebenarnya

Rakaman Terbaru Menunjukkan Saat Kereta Bomba Undur Sehingga Melanggar Van Bomba. Bukti Ini Agak Kukuh Adib Tidak Dilanggar Sebenarnya

Rakaman Terbaru Menunjukkan Saat Kereta Bomba Undur Sehingga Melanggar Van Bomba. Bukti Ini Agak Kukuh Adib Tidak Dilanggar Sebenarnya
Rakaman Terbaru Menunjukkan Saat Kereta Bomba Undur Sehingga Melanggar Van Bomba. Bukti Ini Agak Kukuh Adib Tidak Dilanggar Sebenarnya

Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil awal pagi semalam disebabkan kemalangan jalan raya.

Setiausaha Badan Bertindak kuil itu, V K Regu mendakwa, kejadian dipercayai berlaku apabila jentera JBPM mengundurkan kenderaannya dengan laju, sebelum sekumpulan individu menjerit memaklumkan ada individu di belakang jentera berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Punca Letupaan Di City One Megamall Kuching Didedahkan. Rakaman Selepas Letupaan Menjadi Tular


“Tindakan mereka (kumpulan yang berkumpul) mengetuk cermin adalah untuk memberitahu ada orang di belakang, namun jentera bomba berkenaan mengundur dengan laju.
“Dia (Muhammad Adib Mohd Kassim) bukan dipukul, malah kami yang berada di situ membantu mengeluarkannya,” katanya pada sidang media di kuil Sri Maha Mariamman di sini, hari ini.
Regu berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung kejadian itu, tetapi tidak membuat laporan polis.
“Kami sudah beritahu kepada kementerian (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), kami juga baru dapat tahu, setakat ini tidak membuat laporan kerana tidak ada kena mengena dengan pihak kuil.
“Mereka (kumpulan yang berkumpul) menunjukkan teladan yang baik, kami bantu mereka (anggota bomba), tapi kami yang diserang,” dakwanya.
Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE


Dakwaan Muhammad Adib dilanggar tidak benar – KPN


KUALA LUMPUR: Dakwaan pihak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, yang menyatakan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, cedera akibat dilanggar jentera bomba adalah tidak benar.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk keterangan daripada pihak bomba yang berada di lokasi kejadian.
“Dakwaan bahawa anggota bomba itu dilanggar jentera bomba tidak benar. Kalau dia bukan dipukul, macam mana dia boleh cedera sebegitu.
“Siasatan lanjut berhubung dakwaan itu sedang dijalankan selepas menerima laporan dibuat pihak bomba, semalam. Sebelum ini, Ketua Pengarah Bomba (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid ada menjelaskan mengenai perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Forum Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC): Ke Arah Perkhidmatan Kepolisan Yang Cemerlang di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini, hari ini.
Mohamad Fuzi berkata, pihaknya akan memanggil pihak yang membuat dakwaan itu untuk siasatan lanjut.
“Ketika ini, kami masih mengenal pasti identiti individu yang terbabit dalam insiden itu termasuk pihak yang menyebarkan rakaman video berkaitan insiden berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, pihak kuil terbabit mendakwa anggota bomba berkenaan tidak dipukul, sebaliknya dilanggar jentera bomba.
Setiausaha pasukan petugas kuil itu, VK Regu memaklumkan terdapat tiga video tular di media sosial menunjukkan jentera bomba berundur secara tiba-tiba, manakala Muhammad Adib berada di belakang kenderaan terbabit.
Sumber Artikel : BHARIAN ONLINE

Rakaman Terbaru Tular Menunjukkan Sisi Jelas Adib Tidak Dilanggar Sebenarnya

Satu klip video tular hari ini apabila kelihatan dengan jelas keadaan ketika itu truck bomba terpaksa mengundur dengan laju akibat desakan orang ramai sehingga truck tersebut melanggar van bomba yang berada di belakang.
Tiada pelanggaran terjadi ketika itu dan Mohammad Adib juga tiada ketika itu. Lihat video di bawah

Adib Semakin Stabil Tetapi Tidak Boleh Terlalu Aktif

MUHAMMAD Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang parah dipukul dalam insiden rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya, Selasa lalu, dilaporkan stabil.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, anggota itu bomba itu mampu berinteraksi dengan individu lain.
“Adib tidak boleh terlalu aktif,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pengoperasian Helikopter AW189 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di Subang Jaya, hari ini.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.
Zuraida berkata, beliau sedih kerana Muhammad Adib menjadi mangsa keadaan ketika bertugas.
“Saya harap insiden itu tidak berulang, rakyat perlu hargai tugas bomba yang terdedah dengan pelbagai risiko,” katanya.
Sebelum ini, NSTP melaporkan Muhammad Adib, 24, yang parah dipukul perusuh di depan kuil berkenaan, kini tidak lagi menggunakan mesin sokongan jantung.
Dia kini masih dirawat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Mohamad Hamdan bagaimanapun berkata, Muhammad Adib masih lagi menggunakan mesin sokongan untuk paru-paru.
“Saya diberitahu oleh pakar kardiotorasik, (Datuk Dr Mohamed Izani Md Taib) bahawa jantungnya sudah berfungsi dengan sendiri.
“Dia tidak lagi memerlukan mesin sokongan untuk jantung. Keadaannya masih lagi dikategorikan sebagai kritikal namun stabil,” katanya.
Sumber Artikel : HMETRO ONLINE VIA KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post