Che Ta Jawab Isu Failkan Cerai Terhadap Zain Saidin. Ini Yang Terjadi Sebenarnya

Che Ta Jawab Isu Failkan Cerai Terhadap Zain Saidin. Ini Yang Terjadi Sebenarnya

Che Ta Jawab Isu Failkan Cerai Terhadap Zain Saidin. Ini Yang Terjadi Sebenarnya

Che Ta Jawab Isu Failkan Cerai Terhadap Zain Saidin. Ini Yang Terjadi Sebenarnya
Che Ta Jawab Isu Failkan Cerai Terhadap Zain Saidin. Ini Yang Terjadi Sebenarnya

KUALA LUMPUR: Aktres Rozita Che Wan terkejut apabila timbul khabar angin rumah tangganya dengan Zain Saidin berhadapan masalah.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 45, turut menafikan dia adalah individu yang didakwa bakal memfailkan perceraian di mahkamah syariah.

ARTIKEL MENARIK: “Sorry Mom & Dad..” – Ini ‘Ungkapan’ Terakhir Nabila Razali Sebelum Terjun


“Saya terkejut apabila ditanya oleh pengurus saya berkaitan perkara itu. Informasi itu tidak benar atau salah artis.

“Fakta-fakta yang mungkin diberikan tentang artis itu… bukan saya seorang sahaja yang ada anak menerusi perkahwinan dahulu.

“Saya tidak ke mahkamah syariah tapi saya akan ke mahkamah tinggi atas urusan tuntutan berkaitan perniagaan,” ujarnya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis Anugerah Nona Superwoman 2018 anjuran majalah Nona yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby pada malam Selasa.




Rozita nafi dirinya individu yang dikhabarkan bakal fail perceraian.

Pada minggu lalu, sebuah portal mendedahkan rumah tangga seorang pelakon wanita bergolak dan aktres itu sudah melantik peguam untuk menguruskan perceraiannya.
Bagaimanapun, pasangan yang didakwa sering bercuti ke luar negara itu dapat menyelesaikan masalah tersebut disebabkan faktor anak.
Dalam pada itu, Rozita menambah, hubungannya dengan Zain berada dalam keadaan baik namun sebagai suami-isteri mereka juga melalui detik pasang surut seperti pasangan lain.


Zain dan Rozita bakal menyambut ulangtahun perkahwinan ke-5 pada 11 Disember ini.

“Hubungan rumah tangga saya tidaklah boleh kata bahagia sampai 110 peratus  tapi 99 peratus tu ada laa. Biasalah rumah tangga pasti ada pasang surutnya.
“Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,” ujarnya.


Rozita dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun.
Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinan pertamanya.
Sumber Artikel : Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post