Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia. Betul Ke Apa Dia Cakap

Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia. Betul Ke Apa Dia Cakap

Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia. Betul Ke Apa Dia Cakap

Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia. Betul Ke Apa Dia Cakap
Jurulatih Thailand Mendedahkan Sesuatu Selepas Mereka Seri Dengan Malaysia. Betul Ke Apa Dia Cakap

KUALA LUMPUR: Jurulatih Thailand, Milovan Rajevac menegaskan anak buah tidak beraksi pada prestasi sebenar ketika terikat tanpa jaringan dengan Malaysia pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Thailand dilihat lebih banyak bertahan pada perlawanan itu sekali gus gagal membawa sebarang bekalan gol tempat lawan.

ARTIKEL MENARIK: Tak Setuju Atlet Terengganu Tutup Aurat, TG Hadi Awang ‘Sekolahkan’ Syed Saddiq


Beliau menjelaskan segala kelemahan perlu diperbaiki bagi mengharungi aksi penentuan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, Rabu ini.
Ia bukan seperti perancangan awal kami (untuk bermain bertahan). Malaysia beraksi sangat baik dan agresif,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.
“Kami beraksi di bawah prestasi sebenar, tapi saya yakin kami akan beraksi lebih baik pada perlawanan seterusnya di Bangkok.
“Ini perlawanan yang sukar, kami mahu menjaringkan gol dan memiliki beberapa peluang. Namun, apa yang penting kami tidak tewas.”
Keputusan itu menyaksikan Thailand gagal mencapai sasaran awal Rajevac yang mengharapkan bekalan gol tempat lawan dapat diraih di Bukit Jalil.

Piala AFF: Rekod 47 Tahun Terus Utuh, Antara 5 Perkara Dari Perlawanan Malaysia vs Thailand

Skuad Harimau Malaya gagal memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri untuk mencari bekalan selesa ke Thailand bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Bangkok.
Secara keseluruhan, Malaysia menghasilkan 23 percubaan ke arah gawang Thailand, namun kita masih gagal menemui sentuhan penyudah yang kita cari sepanjang 90 minit perlawanan.
Di sebalik kekecewaan kerana gagal melihat pasukan negara memastikan kemenangan, berikut adalah lima perkara yang boleh diambil dari perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan pada malam tadi
Gandingan Syameer-Akram beri stabiliti
Malaysia beraksi dengan sistem dua pivot. Beraksi menentang sistem 4-3-3 Thailand, kelebihan numeric di bahagian tengah amat penting. Dalam perlawanan ini gandingan Syameer dan Akram lebih daripada sekadar memberi kelebihan pemain kepada Malaysia di bahagian tengah.
Kedua-dua pemain turut memberikan stabiliti kepada pasukan – terutama ketika pertukaran fasa, daripada bertahan kepada menyerang, dan juga sebaliknya dengan hantaran dan juga hadangan. Fungsi kedua-dua pemain sebagai pivot amat menyerlah terutama ketika memulakan serangan pasukan negara.
Sumber: AFF Suzuki Cup


Dalam perlawanan ini kita boleh menyaksikan peranan Akram yang lebih banyak berfungsi sebagai pelindung kepada bek berempat pasukan negara. Manakala Syameer beraksi lebih ke hadapan.
Pada satu masa, Syameer sendiri hampir berjaya menghasilkan bantuan gol buat Zaquan Adha selepas melakukan larian memasuki kawasan penalti lawan- bukti beliau aktif terlibat dengan fasa serangan pasukan negara.
Malaysia buntu gol
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe jelas sekali menguasai perlawanan sejak dari wisel permulaan perlawanan. Peluang terbuka pertama hadir seawal minit ke-5 melalui percubaan Safawi Rasid yang melambung tinggi. Ia diikuti oleh peluang terbuka oleh Mohamadou Sumareh ketika hanya perlu menewaskan penjaga gol, namun percubaan beliau sipi.
15 percubaan ke arah gol dengan dua percubaan tepat direkodkan hanya pada separuh masa pertama cukup untuk menceritakan pasukan negara ketandusan pemain yang mampu melakukan penyudah.
Foro: FAM
Sebagai perbandingan Thailand hanya memiliki 3 percubaan- tanpa sebarang percubaan tepat ke arah gawang – pada 45 minit pertama perlawanan.
60% penguasaan bola, 85.3% ketepatan hantaran oleh Harimau Malaya mencerminkan Malaysia melakukan segala-galanya dengan baik dalam perlawanan ini, kecuali sentuhan penyudah yang mengecewakan.
Tidak dibolosi masih beri kelebihan
Malaysia gagal membawa bekalan gol untuk perlawanan separuh akhir kedua yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember hadapan. Ini bermakna skuad Harimau Malaya akan berhadapan cabaran getir berhadapan Thailand – turut perlu menghadapi sorakan 45,000 penyokong pasukan lawan di Stadium Nasional Rajamangala.
Perkara positif mengenai keputusan seri 0-0 di Bukit Jalil ialah kerana Malaysia berjaya menghalang Thailand dari memiliki kelebihan untuk dibawa ke perlawanan kedua.
Foto: AFF Suzuki Cup
Ini bermakna jika Malaysia mampu mengikat Thailand dan turut berjaya menghasilkan gol, ia sudah memadai untuk Malaysia mara ke perlawanan akhir untuk bertemu Vietnam atau pun Filipina.
Namun dengan corak permainan yang dipamerkan pada malam tadi, tidak mustahil pasukan negara mampu menghasilkan kemenangan di Bangkok pada Rabu hadapan.
Nazirul Naim sedia diturunkan
Di dalam perlawanan berbentuk kejohanan sebegini, perkara utama yang sering memberikan kerisauan ialah kecederaan terhadap pemain di dalam pasukan.
Kecederaan yang menimpa Syazwan Andik sehingga memaksa beliau digantikan dengan Nazirul Naim pada minit ke-72 perlawanan pasti mencetuskan kebimbangan awal.
Namun walaupun beraksi buat kali pertama dalam kejohanan kali ini, pemain bek kiri Perak itu menampilkan persembahan yang meyakinkan dengan tackle keras, dan juga larian dari sebelah kiri yang memberi ancaman kepada kubu lawan.
Oleh kerana itu, kami berpendapat kondisi Syazwan Andik bukan perkara yang perlu menjadi isu kerana pasukan negara mempunyai pemain gantian yang boleh melakukan tugasan dengan baik di posisi tersebut. Bagaimanapun, Tan Cheng Hoe pasti akan menunggu laporan mengenai kecederaan yang dialali oleh Mohamadou Sumareh sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-64 perlawanan.
Rekod 47 tahun kekal utuh
Untuk tempoh beberapa dekad yang lalu, Thailand mungkin boleh mendabik dada selaku jaguh bola sepak dari Asia Tenggara. Tetapi tahukah anda bahawa skuad Gajah Perang tidak pernah menewaskan pasukan negara selama 47 ketika beraksi di negara ini.
Keputusan seri pada malam tadi juga bermakna rekod tersebut akan berterusan. Perseteruan di antara Malaysia dan Thailand sebenarnya bermula kira-kira 59 tahun yang lalu – dua tahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.
Milovan Rajevac bersalam dengan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe pada sidang media sebentar tadi. FOTO: Chengsuek
Sejak 59 tahun yang lalu, Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk Thailand di dalam 30 perlawanan. Namun kemenangan 2-0 dalam pertandingan Pestabola Merdeka edisi 1971 adalah satu-satunya kekalahan yang dialami oleh pasukan Malaysia di tempat sendiri kepada Thailand.
Malaysia merekodkan 18 kemenangan dan 11 kali seri untuk baki perlawanan yang lain ketika berhadapan Thailand di tempat sendiri.

















Selain itu, Harimau Malaya juga telah menjaringkan 60 gol, manakala Thailand hanya menjaringkan 28 gol melibatkan pertemuan kedua-dua pasukan ketika Malaysia bergelar tuan rumah.
Buat masa ini, kita boleh bermegah kerana rekod ini akan berlanjutan kepada 48 tahun, dan 31 perlawanan sejak kali terakhir pasukan negara tewas kepada Thailand di halaman sendiri.

Sumber: AFF Suzuki Cup
Rumusan
Tiada rumusan lain yang lebih penting selain daripada Malaysia telah memilih laluan berliku untuk mencari cara ke perlawanan ahir – selepas diikat Thailand di tempat sendiri pada malam tadi.
Namun berdasarkan beberapa perkara positif yang boleh kita ambil dari persembahan keseluruhan dalam perlawanan menentang Thailand malam tadi, kita pasti masih boleh menyimpan sikap optimis untuk melihat pasukan negara melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2018.
Kredit : KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post