Tak Setuju Atlet Terengganu Tutup Aurat, TG Hadi Awang ‘Sekolahkan’ Syed Saddiq

Tak Setuju Atlet Terengganu Tutup Aurat, TG Hadi Awang ‘Sekolahkan’ Syed Saddiq

Tak Setuju Atlet Terengganu Tutup Aurat, TG Hadi Awang ‘Sekolahkan’ Syed Saddiq

Tak Setuju Atlet Terengganu Tutup Aurat, TG Hadi Awang ‘Sekolahkan’ Syed Saddiq
Tak Setuju Atlet Terengganu Tutup Aurat, TG Hadi Awang ‘Sekolahkan’ Syed Saddiq

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat kenyataan tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Terengganu yang akan mewajibkan pemain bola negeri itu menutup aurat ketika beraksi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi respon terhadap pendirian Syed Saddiq itu ketika ditemui media, malam tadi.

ARTIKEL MENARIK: Mahkamah tolak permohonan tangguh ambil alih tapak kuil


England dan Perancis pun tak halang amalkan agama

Abdul Hadi berkata dia tidak melihat ada masalah untuk arahan pemakaian menutup aurat bagi atlet bola sepak dilaksanakan.
Tambahnya lagi, kelab bola sepak seperti England dan Perancis tidak menghalang pemain untuk mengamalkan ajaran agama. Jadi, menteri itu tidak sepatutnya ‘berlebih-lebihan’.
Setahu saya kelab bola sepak England dan Perancis membenarkan pemain Islam mengamalkan ajaran agama. Jangan dia (Syed Saddiq) lebih daripada England dan Perancis sudahlah.

Dilaksana beransur

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dasar pelaksanaan patuh syariah itu bagaimanapun hanya terpakai kepada pemain bola sepak beragama Islam sahaja.
Kita akan pastikan semua pemain memakai pakaian yang menutup aurat dalam semua perlawanan sama ada di Terengganu atau di luar sementara pemain yang bukan beragama Islam, kita hanya galakkan mereka untuk mengikuti jejak pemain beragama Islam.
Bagaimanapun, arahan itu akan dibuat secara beransur dan tidak mendadak membabitkan semua atlet.
Dari sudut pelaksanaan, kita akan lakukannya secara beransur-ansur dan bukan dengan perubahan drastik yang melibatkan keseluruhan (semua atlet).

Syed Saddiq Bangkang Pakaian Atlet Terengganu Patut Syariah.. Ini Hujah Beliau


PETALING JAYA: Jangan ganggu atlet dan hormati pilihan pakaian sukan mereka, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.
Menteri tersebut mempertahankan atlet selepas kenyataan tentang ahli sukan Terengganu harus memakai pakaian patuh syariah mulai 2019 dikeluarkan oleh kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS.


“Sila hormati pilihan wira dan wirawati kita. Jangan ganggu mereka.
“Saya akan mempertahankan mereka tanpa mengira pakaian mereka. Saya di sini kerana mereka,” tulis beliau di halaman Facebook pada Isnin.
Menentukan pakaian yang harus dikenakan oleh para atlet adalah perkara membimbangkan kerana masa depan sukan seperti gimnastik, renang, dan bina badan akan terjejas, kata menteri itu.
Kata Syed Saddiq, ia adalah antara sukan yang diungguli oleh Malaysia memandangkan negara sudah meraih pelbagai pingat dalam acara sukan antarabangsa seperti Komanwel, Sukan Olimpik, Asia dan Sukan SEA.
“Sukan adalah untuk semua dan atlet kita ialah wira dan wirawati negara.
“Beberapa atlet telah menghubungi saya secara peribadi mengenai isu ini.
“Saya bertanggungjawab untuk mempertahankan mereka kerana mereka adalah aset negara.
“Terdapat ramai atlet Muslim yang menyumbang pingat kepada negara termasuk Farah Ann Hadi (gimnastik), Nur Dhabitah Sabri (renang) dan Sazali Samad (bina badan),” katanya.
Syed Saddiq berkata, pelumba basikal profesional Azizulhasni Awang yang menjadi juara dunia terkenal dan berasal dari Terengganu juga telah mencapai pengiktirafan antarabangsa tanpa mengira pilihan pakaian yang dikenakannya.
Pada Ahad, Bernama melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata langkah itu adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri meletakkan Islam sebagai tonggak pentadbiran utama, termasuk sukan.
Beliau berkata, sebagai permulaan, semua pemain bola sepak beragama Islam di bawah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dikehendaki memakai pakaian patuh syariah dalam semua kejohanan, sama ada di dalam atau di luar negeri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih 🙂
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular
Sumber : The Star / SH/ Kosmo via Sportsukan.tv

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post