Ini Kata Kata Anwar Ibrahim Kepada Pelaku Yang Mencederakan Anggota Bomba Mohammad Adib
Ini Kata Kata Anwar Ibrahim Kepada Pelaku Yang Mencederakan Anggota Bomba Mohammad Adib |
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu individu yang menyebabkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, parah dipukul ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selasa lalu, dihadapkan ke muka pengadilan.
Beliau berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak terbabit kerana mereka berani menyerang dan mencederakan kakitangan kerajaan.
ARTIKEL MENARIK: Majikan Gagal Bayar Gaji Selewat-lewatnya Pada 7 Haribulan, Pekerja Boleh Buat Aduan Terhadap Majikan
JANGAN MEMUKUL ANGGOTA KERAJAAN
Katanya, biarpun rusuhan itu adalah perkara sensitif, namun jangan sesekali melanggar ‘hukum’ dengan memukul anggota kerajaan hingga menyebabkannya parah.
“Soal orang yang melanggar hukum ini (melanggar undang-undang) mesti diambil tindakan tegas, supaya orang lain menghormati kita (kerajaan).
“Kalau dia (perusuh) sekadar membantah, itu boleh diterima, tetapi jika sampai tahap memukul kita tidak bertoleransi,” katanya berucap pada Majlis Kesyukuran sempena kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson di Dewan Kampung Bagan Pinang, di sini, malam ini.
Anwar berkata, beliau sudah menghubungi Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari bagi mengetahui perkembangan kes dan dimaklumkan ia memerlukan dua atau tiga hari lagi untuk diselesaikan.
INI PENDAPAT ANWAR IBRAHIM
“Setahu saya kes ini (perpindahan kuil) sudah dirunding sejak pentadbiran Menteri Besar terdahulu (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali), yang membabitkan pelbagai pihak dan pampasan.
“Saya menganggap mungkin maklumat perbincangan hanya pada peringkat jawatankuasa kuil dan tidak sampai kepada penduduk sebelum berlaku rusuhan,” katanya.
Anwar berkata, penganut Hindu adalah pihak yang sensitif dan sebarang perpindahan (kuil) atau simbol keagamaan mesti dilakukan mereka sendiri.
Sementara itu, mengulas ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), beliau berkata, ia tidak boleh ditolak pada peringkat antarabangsa.
“Jika kita menolak ICERD bulat-bulat tanpa mengkajinya terlebih dulu, ia tidak bagus seolah-olah menunjukkan Malaysia menyokong diskriminasi kaum dan agama.
“Bagi sentimen orang Melayu, jika kita meratifikasi ICERD kononnya mempertikaikan hak Melayu sedangkan Perlembagaan sudah disepakati semua kaum termasuk bahasa dan agama rasmi negara,” katanya.
SUMBER : Bharian Online
VIA Lubok Cerita Express.
Post a Comment