Berkongsi Tentang Sesuatu Ketika Di Tanah Suci, Aidid Buat Netizen Tersentuh Dan Sebak

Berkongsi Tentang Sesuatu Ketika Di Tanah Suci, Aidid Buat Netizen Tersentuh Dan Sebak

Berkongsi Tentang Sesuatu Ketika Di Tanah Suci, Aidid Buat Netizen Tersentuh Dan Sebak

Berkongsi Tentang Sesuatu Ketika Di Tanah Suci, Aidid Buat Netizen Tersentuh Dan Sebak
Berkongsi Tentang Sesuatu Ketika Di Tanah Suci, Aidid Buat Netizen Tersentuh Dan Sebak

Personaliti TV popular, Aidid Marcello yang kini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah umrah, banyak berkongsi info dan tip sepanjang berada di Tanah Suci itu buat tatapan pengikutnya di laman Instagram.

Turut bersamanya mengerjakan umrah ialah isterinya, Norzie Pak Wan Chek serta anak perempuan mereka, Nailina Marcello.

Dalam satu perkongsian video yang dimuat naik Aidid dua hari lalu, pengacara itu berkongsi luahan hatinya tentang cara yang betul dalam mendidik anak-anak untuk solat.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Lama Menyepi Daripada Dunia Hiburan Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang


Video yang menunjukkan seorang bapa meletakkan anaknya di atas lantai yang sejuk sementara mahu menunaikan solat Subuh, memberi tamparan hebat buat Aidid sekali gus membuka matanya tentang tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak.
VIDEO;

“Ramai lagi kat Malaysia termasuk saya…yang terlalu sayangkan anak dan takut nak buat macam ni…diorang ni, sejuk gila lantai ni, rileks je letak nak solat.
“Adakah kita sayangkan anak kita, boleh lengahkan depa solat? Banyaknya dosa dan jahilnya kita kan?” kongsi Aidid.
Apa yang diluahkan pengacara itu dipersetujui netizen yang turut tersentuh dengan video yang dikongsikannya.
Rata-rata netizen meninggalkan komen mereka sambil menceritakan pengalaman masing-masing mendidik anak-anak menjaga solat.

Foto Aidid bersama isteri dan anaknya di Tanah Suci yang dikongsikan di Instagram.


Aidid dan Norzie mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan tiga orang lelaki.
Kami doakan agar rumah tangga pasangan ini sentiasa aman dan damai, berkekalan hingga ke Jannah. 

Permintaan Aidid Marcello Semasa Jenazahnya Dikapan Cukup Menyedihkan

Baik ahli keluarga, rakan-rakan mahupun diri sendiri setiap yang hidup pasti akan mati. [Hangat.com]. Berkongsi pengalamannya melihat sendiri semua proses penguruzan jenazah, pengacara dan penerbit Aidid Marcello telah meluahkan isi hatinya yang membuatkan pengikut di Instagram turut rasa terharu.

Mahu Anak-Anak Uruskan Jenazah Ketika Beliau Sudah Tiada

Melalui Instagram nya, Aidid berasa terpanggil untuk berkongsi mengenai kematian. Malah beliau turut rasa tertanya andai beliau ‘pergi’ suatu hari nanti, beliau mahukan anak-anaknya menguruskan segala persiapan jenazah beliau sehingga dikebumikan.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri)
Adakah kita sudah bersedia??? Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi), pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu?[Hangat.com] Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu. Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab.



Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku..”

Netizen Turut Tersentuh

“Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam.[Hangat.com] 3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih? Sebab selepas itu, masing2 sudahpun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita. Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu… hanya 7 langkah org terakhir yg meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir ?
Marilah kita sama2 persiapkan diri kita. Saya paling suka dengar bacaan Talkin. Apa kata jom kita baca dan faham sambil2 kita bersiap dengan soalan kubur yg PASTINYA akan ditanya.

AL-FATIHAH

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Sumber : hangat.com / mediaohsem.com via Sinar Viral via KLViral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post