Zamani Dedahkan Dia Akan Lumpuh Jika Buat Perkara Ini. Memang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya

Zamani Dedahkan Dia Akan Lumpuh Jika Buat Perkara Ini. Memang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya

Zamani Dedahkan Dia Akan Lumpuh Jika Buat Perkara Ini. Memang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya

Zamani Dedahkan Dia Akan Lumpuh Jika Buat Perkara Ini. Memang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya
Zamani Dedahkan Dia Akan Lumpuh Jika Buat Perkara Ini. Memang Ramai Tidak Tahu Sebenarnya

PENYANYI Zamani berdepan risiko lumpuh sekiranya menjalani pembedahan penyakit Skoliosis iaitu tulang belakang melengkung, yang dialami sejak beberapa tahun lalu.

Zamani, 47, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim berkata, buat masa sekarang dia bergantung dengan ubat tahan sakit.

ARTIKEL MENARIK: Ramalan Menjadi Kenyataan Noryn Aziz Pemenang GV5 Sedangkan Ramai Pinta Zamani Juara. Ini Kata Kata Noryn Aziz Selepas Menjadi Juara


“Menurut doktor, tulang belakang saya sudah bengkok teruk dan mencadangkan saya buat pembedahan. Ia adalah pilihan terakhir sebab masalah ini sudah tak boleh dirawat.

“Peratusan untuk sembuh adalah nipis, malah ia lebih berisiko tinggi hingga boleh mengakibatkan lumpuh jika pembedahan tak berjaya.

“Disebabkan itu, saya belum buat sebarang keputusan sama ada nak buat atau tak. Jadi, untuk mengelakkan kesakitan yang berterusan, saya ambil ubat tahan sakit. Setakat ini memang tak ada ubat khusus,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Zamani, sepanjang menyertai Gegar Vaganza 5 (GV5) dia bergantung sepenuhnya dengan ubat tahan sakit.

Bagaimanapun, Zamani yang mendapat tempat ketiga tidak mahu menjadikan ia alasan dan punca kepada kualiti persembahan yang tidak memberangsangkan.

“Sejak mengalami sakit ini, saya tak boleh berdiri dalam tempoh lama. Paling ketara, ia mengganggu nyanyian. Walaupun tidak selalu, tapi kalau kena sekali memang beri kesan dan mengganggu. Itu yang sepanjang dalam GV, saya selalu lupa lirik.



“Sebelum ini, pihak Pengasih pernah cuba nak bantu saya buat rawatan akupuntur, tetapi tak sempat nak buat susulan sebab sibuk dengan kerja.
“Kalau tanya sekarang, sejujurnya saya berat hati nak buat sebab takut jarum, namun apabila fikir jangka masa panjang dan kerjaya nyanyian, mungkin saya boleh pertimbangkan rawatan ini. Saya kena cuba dulu. Mana tahu ia boleh membantu,” katanya.
Zamani berkata, duit kemenangan RM30,000 akan digunakan untuk menampung kos rawatan sakit tulang belakang itu.
“Duit ini saya nak manfaatkan untuk tujuan kesihatan dan perkara penting lain dulu. Soal nak pakai untuk kahwin, tak ada dalam perancangan,” katanya.
Video Penuh
Sumber : HMETRO ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post