Tular Johor Bakal Dilanda Tsunami. Ini Kata Kerajaan Negeri Yang Buat Ramai Lega..

Tular Johor Bakal Dilanda Tsunami. Ini Kata Kerajaan Negeri Yang Buat Ramai Lega..

Tular Johor Bakal Dilanda Tsunami. Ini Kata Kerajaan Negeri Yang Buat Ramai Lega..

Tular Johor Bakal Dilanda Tsunami. Ini Kata Kerajaan Negeri Yang Buat Ramai Lega..
Tular Johor Bakal Dilanda Tsunami. Ini Kata Kerajaan Negeri Yang Buat Ramai Lega..

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menafikan khabar angin mengenai amaran bencana tsunami yang bakal melanda Johor bulan ini.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman amaran telah dikeluarkan berhubung bencana itu.

“Sehingga kini kita tidak menerima sebarang laporan tentang perkara ini. Jabatan meteorologi negeri juga tidak maklum apa-apa.


ARTIKEL MENARIK: Wanita Bermimpi Imam Masjidil Haram Tawaf Tanpa Pakaian. Tak Sangka Maksud Mimpi Itu Buat Ramai TERPANA


“Kalau ada kita mesti cepat maklum, jadi rasanya benda ini (maklumat tular itu) tidak betullah,” katanya pada pemberita semasa hadir Majlis Pemashuran Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di sini, pada Ahad.

Sahruddin berkata, dakwaan bencana alam itu dilihat tidak rasional apabila melihat kepada kedudukan negeri ini yang terlindung oleh beberapa pulau negara jiran.

“Kalau ikut logik pun macam tidak betul, sebab kedudukan kita sekarang ini terlindung oleh Pulau Jawa dan pulau lain.

“Yang pasti kita sekarang tiada sebarang makluman mengenai perkara ini,” katanya.
Justeru, beliau turut memohon orang ramai untuk tidak mudah percaya khabar angin yang disebarkan melalui medium tidak sah.

Terdahulu, tular satu khabar angin di aplikasi sosial WhatsApp mengenai kejadian tsunami yang bakal melanda Johor dan Singapura.

Difahamkan, berita tidak sah itu turut mengandungi butiran lengkap membabitkan kelajuan dan ketinggian tsunami yang bakal melanda

Ancaman tsunami di Johor Yang Tular Sebelum Ini.

1.jpg?resize=870%2C522&ssl=1


Heboh dalam WhatsApp dalam bentuk rakaman suara (voice note) yang katanya keluar dalam berita TV1 mengenai ancaman tsun4mi di Johor.



2.jpg?resize=607%2C661&ssl=1


Semakan di laman Malaysian Meteorological Department hanya terdapat kemaskini pada jam 2.50 petang mengenai Amaran Ribut Petir. Itu pun di kawasan utara, pantai barat dan pantai timur Semenanjung. Johor tu color putih. Tenang2 saja.

3.jpg?resize=464%2C410&ssl=1


Jabatan Meteorlogi turut mengeluarkan Maklumat Gempa Bumi berskala sederhana yang berlaku di Indonesia dengan catatan tiada ancaman tsun4mi. Itu pun pada 11 November 2018.

4.jpg?resize=473%2C478&ssl=1


Macam biasa. Rakyat Malaysia suka tular kan sesuatu perkara yang tak pasti tanpa buat semakan terlebih dahulu. Nama saja maklumat di hujung jari. Tapi otak masih di lutut.

5.jpg?resize=490%2C207&ssl=1


Sumber : FB Noorhidayat Salman & Mstar Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post