Video Simulasi Pesawat Lion Air Menjunam 965 Km/j Sebelum Terhempas Dan Berkecai
Video Simulasi Pesawat Lion Air Menjunam 965 Km/j Sebelum Terhempas Dan Berkecai |
Data daripada satu kotak hitam milik pesawat Lion Air yang terhempas di Laut Jawa mendedahkan kapal terbang mengalami masalah dengan penunjuk kelajuan dalam empat penerbangannya sebelum ini.
Pesawat baru Boeing 737 MAX itu terhempas kira-kira 13 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang pada 29 Oktober lalu menyebabkan semua 189 penumpang dan anak kapal maut.
ARTIKEL MENARIK: Selepas TMJ ‘Mengamuk’ Sebab Isu Kasut Emas Macam Cinderella Dan Akhirnya Ini Rupaya Punca Sebenarnya
Ahli keluarga mangsa nahas pesawat Lion Air yang terhempas mendesak jawapan daripada pemilik syarikat penerbangan itu dalam satu pertemuan. Mereka juga mendesak pemilik Lion Air, Rusdi Kirana memberitahu mengapa pesawat itu yang didapati mengalami masalah teknikal diberi kebenaran terbang.
Sementara itu, viral di media sosial video simulasi penerbangan pesawat Lion Air berkenaan yang dibuat berdasarkan rakaman data penerbangan yang diperolehi.
Observe the Lion air last journey. They took the data from flight data recorder and feed it in flight simulator … pic.twitter.com/CLyKa22lme— *db* (@lasardn) November 6, 2018
Independence simulator … pic.twitter.com/93lZy3jG8U— *db* (@lasardn) November 6, 2018
The final part … RIP Al Fatihah … pic.twitter.com/fkYwqT2Dfd— *db* (@lasardn) November 6, 2018
Berdasarkan video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter, Lasardn, menunjukkan pesawat itu terhempas dengan kepala pesawat terlebih dahulu menyentuh permukaan air sebelum keseluruhan pesawat itu berkecai 100 peratus.
Penerbangan Lion Air dari Jakarta ke Pangkal Pinang terhempas di Laut Jawa pada 29 Oktober lalu menyebabkan semua 189 penumpang dan anak kapal maut.
Polis Indonesia memberitahu, sehingga semalam 163 beg berisi cebisan mayat dibawa ke hospital untuk proses pengecaman.
Daripada jumlah itu, 27 cebisan mayat dikenal pasti jantinanya iaitu sembilan perempuan dan 18 lelaki.
Sumber: Harian Metro, Lasardn via The Reporter
Post a Comment