Misteri Pulau Hilang di Jepun, Misi Pencarian Dilancarkan..

Misteri Pulau Hilang di Jepun, Misi Pencarian Dilancarkan..

Misteri Pulau Hilang di Jepun, Misi Pencarian Dilancarkan..

Misteri Pulau Hilang di Jepun, Misi Pencarian Dilancarkan..
Misteri Pulau Hilang di Jepun, Misi Pencarian Dilancarkan..

Pulau Esanbehanakitakojima hilang…

TOKYO – JEPUN . ‘Misi pencarian’ telah dilancarkan di luar pantai Jepun selepas sebuah pulau dilaporkan hilang.

Pulau kecil Esanbehanakitakojima yang tidak didiami pernah digunakan untuk menggariskan perairan wilayah Jepun.

ARTIKEL MENARIK: Pohon Pisang Terbesar Di Dunia Ditemui, Tak Sangka Kat Negara Ni


Ia terletak kira-kira 500 meter di luar pantai perkampungan Sarufutsu berhampiran hujung utara Hokkaido.

Pulau itu adalah salah satu daripada 158 pulau tidak berpenghuni yang diberi nama oleh kerajaan pada 2014 untuk menandakan perairan Jepun dengan jelas.

Di bawah undang-undang antarabangsa,ia ditakrifkan sebagai pulau jika boleh dilihat di atas permukaan laut walaupun ketika air pasang.

Jika Esanbehanakitakojima tenggelam, perairan wilayah Jepun akan mengecil.

Menurut Pengawal Pantai Jepun, Esanbehanakitakojima ditinjau pada 1987 dan rekod menunjukkan kedudukannya adalah 1.4 meter di atas purata paras laut.

Pihak Berkuasa Maklumat Geospatial Jepun menggambarkan pulau kecil itu pada peta berdasarkan carta laut yang dicipta pada 1988.

“Terdapat kemungkinan pulau itu terhakis oleh angin dan salji yang menyebabkannya hilang,” kata pengawal pantai, Tomoo Fujii.

Susulan itu, pengawal pantai merancang untuk menyiasat kawasan itu untuk memastikan keselamatan navigasi kapal. – The Mirror

Sumber : Sinar Harian


Seluruh Pulau Ini Hilang, Kerajaan Lancar Misi ‘Mencari Dan Menyelamat’

Satu misi pencarian dilancarkan di luar pantai Jepun selepas sebuah pulau dilaporkan hilang secara keseluruhannya.
Pulau kecil Esanbehanakitakojima yang tidak didiami itu digunakan untuk menandakan kawasan perairan wilayah Jepun.
Ia terletak kira-kira 500 meter dari pantai kampung Sarufutsu berhampiran hujung utara Hokkaido.
Difahamkan, pulau tersebut adalah salah satu daripada 158 pulau yang tidak berpenghuni dan diberi nama oleh kerajaan pada 2014 untuk menandakan perairan Jepun dengan jelas.
Di bawah undang-undang antarabangsa, pulau-pulau boleh ditakrifkan sebagai pulau hanya jika ia dapat dilihat di atas permukaan laut walaupun dalam keadaan pasang surut.
Sekiranya Esanbehanakitakojima tenggelam di bawah permukaan air laut, perairan wilayah Jepun akan menyusut.

Gambar : Kerajaan sudah memulakan misi mencari, Mirror UK

Menurut Pengawal Pantai Jepun, Esanbehanakitakojima ditinjau pada tahun 1987 dan rekod menunjukkan pulau kecil tersebut terjulur 1.4 meter di atas paras purata laut.
Tomoo Fujii, seorang pegawai kanan pengawal pantai memberitahu pemberita: “Ada kemungkinan bahawa pulau ini telah terhakis oleh angin dan salji dan sebagai akibatnya, ia telah hilang.”
Pengawal pantai merancang untuk menyiasat kawasan tersebut bagi memastikan navigasi selamat bagi kapal.

TONTON VIDEO:
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih ðŸ™‚
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Go go Tular
Sumber; Sinar Harian via KLviral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post