(Video) 'Babi betul laa..' - Lelaki cedera, terima 13 jahitan akibat diserang babi hutan

Seorang lelaki yang dalam perjalanan stesen kereta api untuk pergi ke tempat kerjanya diserang seekor babi hutan yang muncul secara tiba-tiba.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi 26 Oktober lalu, mangsa berusia 48 tahun itu sedang berjalan ke Stesen Imajuku di Pulau Kyushu, diserang babi hutan dan sempat dirakam netizen.

ARTIKEL MENARIK: Video Simulasi Pesawat Lion Air Menjunam 965 Km/j Sebelum Terhempas Dan Berkecai

Lapor Soranews24, babi hutan terbabit dipercayai sesak dan secara tidak sengaja memasuki kawasan berkenaan.

Berdasarkan video, haiwan itu pada mulanya berlari ke landasan kereta api. Namun menyedari jalan yang dilalui itu adalah jalan mati, dia pun berpatah balik.

Berasa terancam dengan kehadiran mangsa, haiwan itu terus menyondolnya sehingga terjatuh sebelum menyerang mangsa menggunakan gigi taringnya. Selain itu, mangsa juga digigit oleh babi terbabit.

Mujur ada dua pemandu berhampiran ternampak kejadian itu terus membunyikan hon bagi menakutkan babi itu. 

先日のイノシシ襲撃事件。

ほんと痛そう、、、。😭 pic.twitter.com/JAmzsFbiKe
— 長坂 幸樹 (@Koki915N) November 4, 2018

Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikut paha kaki kirinya mengalami luka 2.8 inci dan terpaksa menerima 13 jahitan. 

Difahamkan, babi hutan itu telah ditemui satu kilometer radius dari stesen berkenaan dan ditembak mati oleh pemburu tempatan. 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post