Tunang Anggota Bomba Terkejut Dengan Berita Palsu Dan Tampil Buat Penjelasan Sebenar

Tunang Anggota Bomba Terkejut Dengan Berita Palsu Dan Tampil Buat Penjelasan Sebenar

Tunang Anggota Bomba Terkejut Dengan Berita Palsu Dan Tampil Buat Penjelasan Sebenar

Tunang Anggota Bomba Terkejut Dengan Berita Palsu Dan Tampil Buat Penjelasan Sebenar
Tunang Anggota Bomba Terkejut Dengan Berita Palsu Dan Tampil Buat Penjelasan Sebenar

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor hari ini menafikan khabar angin kematian anggotanya, Mohd Adib Mohd Kassim.

Menerusi muat naik di laman Twitter JBPM Selangor, Mohd Adib dilaporkan masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

ARTIKEL MENARIK: Rusuhan Kuil: Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah, Kini Di ICU


Status BOMBA DI Twitter
ASSALAMUALIKUM KEPADA SEMUA PENGGUNA HALAMAN BERITA KEMATIAN PB MOHD ADIB BIN KASSIM ADALAH TIDAK BENAR BELIAU MASIH DI DALAM RAWATAN.

175 people are talking about this
Beberapa status dimuat naik oleh netizen memaklumkan bahawa mangsa yang dipukul oleh sekumpulan lelaki ketika cuba memadamkan kebakaran kereta dekat Kuil Sri Mahamariamman.
Mohd Adib, 24 tahun merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang telah ditugaskan ke tempat kejadian awal pagi tadi.

Perusuh dilaporkan menariknya keluar daripada kenderaan dan dipukul, menyebabkan beliau patah tulang rusuk dan mengalami kecederaan dalaman. Sumber : Astro Awani


Tunang Anggota Bomba Terkejut Dengan Berita Palsu Dan Tampil Buat Penjelasan Sebenar ..


Tunang kepada Anggota Bomba Mohd Adib Mohd Kassim yang sekarang berada di dalam Hospital tampil buat penjelasan kerana tularnya berita tidak benar tentang keadaan tunang beliau.
Perkara ini amat memalukan kerana ada pihak yang cuba membuat provokasi tentang isu tersebut dengan sewenang wenangnya menyebarkan berita palsu tanpa usul periksa.
Berita tersebut tersebar luas dia dalam Facebook dan Whatsapp.

‘Kamu kuat, kamu perlu cepat bangun’ – rayu tunang pada bomba

Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: 'Kamu kuat, kamu perlu cepat bangun' - rayu tunang pada bomba
“Kamu kuat. Cepat bangun kamu, Muhammad Adib.”
Itu antar mesej Nurul Najihan, tunang Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang cedera parah akibat diserang perusuh di Kuil Maha Mariammanl USJ25, Seafield, Subang Selangor, awal pagi tadi.
Dalam pautan di laman Facebook peribadinya, Nurul Najihan memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan tunangnya yang kini berada di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
“Kamu kuat. Cepat bangun kamu Muhammad Adib. Doakan tunang saya. Tak kuat tengok kamu macam tu,” kata Nurul Najihan.
Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dalam Twitternya mengesahkan Muhammad Adib mengalami kecederaan parah di bahagian dada, tulang rusuk dan jangkitan paru-paru.
Sumber: ASTRO AWANI

MOHON RAKYAT MALAYSIA BERDOA

Marilah kita sama sama berdoa agar Anggota Bomba Mohd Adib Mohd Kassim kembali pulih dengan segera. Insyallah dengan doa dari rakyat Malaysia akan mempermudahkan segala urusan.
Jangan mudah kita percaya apa apa info yang tidak sahih.

 KLVrial

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post