Rusuhan Kuil: Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah, Kini Di ICU

Rusuhan Kuil: Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah, Kini Di ICU

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariammam, USJ 25 awal pagi tadi dilaporkan cedera parah.

Rusuhan Kuil: Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah, Kini Di ICU
Rusuhan Kuil: Anggota Bomba Diserang Perusuh Parah, Kini Di ICU

Pegawai Penerangan JBPM, Dzulhaimy Dahari dalam satu kenyataan berkata, anggota terbabit telah dimasukkan ke dalam Unit Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Ketua Pengarah JBPM Datuk Muhammad Hamdan Wajid dilaporkan akan melawat anggota berkenaan pagi ini.

Sementara itu, memetik laporan Berita Harian Online, mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai mengalami kecederaan patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.

ARTIKEL MENARIK: Tak Sampai 24 Jam Terjadi Lagi Sekali Dan Kali Ini Lebih Ramai Datang


Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, anggota berkenaan diserang apabila pasukannya tiba di lokasi selepas mendapat maklumat sebuah kereta terletak di luar kuil terbakar.

Anggota yang duduk di bahagian penumpang hadapan unit EMRS itu ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.


Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras.

Sumber: Utusan Online

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post