Tidak Menduga Raja Muda Selangor ‘Repeat’ Beli Nasi Lemak Tetapi Wanita Ini Tetap Ingin Meminta Maaf
Tidak Menduga Raja Muda Selangor ‘Repeat’ Beli Nasi Lemak Tetapi Wanita Ini Tetap Ingin Meminta Maaf |
PETALING JAYA: “Hello, lamanya tak jumpa?.”
Demikian sapaan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengejutkan seorang peniaga nasi lemak, Rozeeta Abdul Manan pada petang Ahad lalu.
Menurut wanita berusia 33 tahun itu, dia tidak menduga Tengku Amir akan datang semula ke gerainya selepas menikmati Nasi Lemak Chicken Chop hasil air tangannya, setahun yang lalu.
ARTIKEL MENARIK: Awas, Amaran Ribut Petir Hingga Malam Ini Di Kuala Lumpur, Putrajaya Dan 9 Buah Negeri
“Memang tak sangka beliau akan datang semula. Lagipun masa tu baru lepas hujan dan keadaan jalan agak berlecak.
“Masa tu tengah siapkan pesanan pelanggan. Tiba-tiba ada orang tegur. Saya angkat kepala, tengok-tengok Raja Muda Selangor.
“Saya jadi terkedu. Ibarat orang baru pertama kali nak keluar dating. Ya Allah hati jadi berbunga-bunga, tak sangka langsung beliau akan datang,” katanya kepada mStar Online.
Rozeeta berkongsi postingnya mengenai kunjungan kali kedua Tengku Amir membeli nasi lemak chicken chop hasil air tangannya.
Rozeeta berkata pada hari tersebut dia berniaga dalam program SAY Ignite 2018 anjuran Komuniti Belia Selangor di Taman Tasik Shah Alam.
Anak jati Kuala Lumpur ini yang baru dua tahun mengusahakan perniagaan nasi lemaknya yang diberi nama GengCikMak menyifatkan kunjungan Tengku Amir sebagai satu pengalaman berharga.
“Saya ingat kali pertama beliau datang tahun lalu semasa satu acara di Stadium Melawati, Shah Alam. Masa tu saya fikir kunjungan tu mungkin sekali seumur hidup.
“Tapi bila beliau datang kali kedua, saya amat terkejut. Yalah adat berniaga kalau pelanggan datang balik tu maksudnya makanan tu sedap. Ia satu pengalaman yang saya tak boleh lupa sampai bila-bila,” katanya.
Sementara itu, Rozeeta turut memohon maaf kepada Tengku Amir kerana tidak menggunakan bahasa formal istana tempoh hari.
Rozeeta mengambil pesanan Tengku Amir.
“Saya jadi gugup, tak tahu nak buat apa. Semuanya berlaku secara spontan. Saya bercakap guna I… you… dengan beliau. Tengku Amir pun layankan juga. Beliau sangat peramah dan seorang yang merendah diri.
“Lepas beliau balik baru saya rasa macam serba salah. Ya Allah dalam hati kata, sepatutnya saya merafak sembah tapi waktu tu macam separuh sedar. Jadi kami cakap macam kawan-kawan. Saya minta maaf sangat-sangat,” katanya.
Jelas Rozeeta, keistimewaan nasi lemaknya terletak pada lauk yang disajikan bersama makanan itu.
“Sebenarnya nasi lemak ini banyak lauk. Kami ada lauk baby crab, soft shell crab, chicken chop, sotong, sambal udang petai, crispy rendang, chicken skin dan banyak lagi.
Nasi lemak Cikenchop antara menu popular dijual Rozeeta.
“Semuanya digoreng tepung. Jadi cara itu yang buat nasi lemak ini lain daripada yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Rozeeta berkata berdasarkan maklum balas pelanggan, keenakan rasa nasi lemaknya juga terletak pada sambal yang dimakan bersama.
“Sambal saya mereka cakap macam nenek-nenek punya masakan. Sambal tak pedas sangat… mula-mula rasa manis tapi bila last tu baru rasa pedas,” katanya.
Tambah Rozeeta, antara nasi lemak yang menjadi kegemaran ramai adalah nasi lemak Chicken Chop, Copong (sotong goreng tepung) dan Baby Crab.
Sumber : mStar Online
Post a Comment