Terkejut Penumpang Bila Pesawat Malaysia Ini 2 Kali Cuba Untuk Berlepas Tetapi Gagal. Ini Kenyataan Dari Pihak MAS Airlines Tentang Apa Terjadi Kepada MH190
Terkejut Penumpang Bila Pesawat Malaysia Ini 2 Kali Cuba Untuk Berlepas Tetapi Gagal. Ini Kenyataan Dari Pihak MAS Airlines Tentang Apa Terjadi Kepada MH190 |
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) menuju penerbangan MH0190 ke New Delhi yang sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur petang tadi tertangguh selama lebih lima jam akibat masalah teknikal.
Menurut salah seorang penumpang, pesawat tersebut cuba untuk berlepas sebanyak dua kali, namun kembali ke ‘hangar’.
ARTIKEL MENARIK: SPRM Dedah Jumlah Pendapatan Menteri Kabinet. Menteri Yang Mendahului Carta Berikut Adalah
Katanya, penumpang yang dibenarkan menaiki kapal terbang tersebut diminta turun daripada kapal terbang itu.
Sejurus kemudian, mereka dibenarkan menaiki pesawat itu namun pesawat itu dipercayai mengalami masalah tekinikal.
Penumpang yang sudah menunggu selama lebih lima jam, kini terkandas di dalam kapal terbang itu.
Pihak MAS mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter rasminya dengan memohon maaf dan mengatakan bahawa penangguhan tersebut disebabkan isu operasi.
“Penangguhan berlaku disebabkan sebab-sebab yang kita tidak dapat ramal dan kawal. Penerbangan ditangguhkan kera terdapat isu operasi. Kami memohon maaf,” menurut kenyataan rasminya.
Penerbangan ditunda, MAS Airlines mohon maaf
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines memohon maaf kepada penumpang atas kelewatan lebih 15 jam penerbangan MH190 dari Kuala Lumpur ke New Delhi, semalam.
Pengurusan syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini, berkata penerbangan dijadual berlepas jam 6.50 petang semalam namun ditunda kepada 11 pagi ini dan dijangka tiba di New Delhi pada jam 2 petang.
“Penerbangan pulang, MH191D juga ditunda, dijangka akan berlepas meninggalkan New Delhi pada jam 3 petang esok dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada jam 10.50 malam hari yang sama.
“Penerbangan terpaksa ditunda berikutan masalah teknikal yang tidak dijangka pada pesawat penerbangan
MH190 milik syarikat penerbangan ini,” katanya.
Menurut kenyataan itu, walaupun kesal dengan kelewatan yang berlaku, keselamatan kru dan penumpang tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan itu.
“Penumpang penerbangan yang terbabit diberikan bilik penginapan, makanan dan pengangkutan ke hotel yang berkenaan.
“Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami, dan segala kesulitan sehingga mengganggu rancangan perjalanan penumpang kami amat dikesali,” katanya.
Sebelum ini media melaporkan, beberapa penumpang menyatakan rasa tidak puas hati atas kelewatan itu.
Sumber : bharian, astro awani VIA KLViral
Post a Comment