Rakaman Ini Menjadi Viral Apabila Wanita Ini Muat Naik Video Suami Dia Sebelum Naik Pesawat Lion Air Yang Terh3mpas
Rakaman Ini Menjadi Viral Apabila Wanita Ini Muat Naik Video Suami Dia Sebelum Naik Pesawat Lion Air Yang Terh3mpas |
Ramai masih tertanya bagaimana pesawat Lion Air ini boleh terh3mpas. Pencarian kotak hitam (black box) masih lagi diteruskan dan objektif utama adalah mencari pesawat itu sendiri. Bermacam macam spekulasi sehingga timbulnya konspirasi berkenaan pesawat tersebut. Mari kita doakan agar segala urusan mencari dipermudahkan.
ARTIKEL MENARIK: Terkejut Penumpang Bila Pesawat Malaysia Ini 2 Kali Cuba Untuk Berlepas Tetapi Gagal. Ini Kenyataan Dari Pihak MAS Airlines Tentang Apa Terjadi Kepada MH190
Video Suami Naik Pesawat Lion Air Menjadi Tular Di Media Sosial
Viral di media sosial sekarang video yang menunjukkan penumpang pesawat Lion Air JT610 tengah ‘boarding’. Menurut INSIDER, video tu dihantar salah seorang mangsa Paul Ferdinand Ayorbaba, 43, kepada isterinya.
Video itu dihantar lebih kurang 35 minit sebelum pesawat malang itu terhempas di perairan Kerawang sebaik berlepas dari lapangan terbang Jakarta.
Isteri Ayorbaba, Inchy beritahu yang dia tonton video berdurasi 1 minit 31 saat tu pada jam 6.30 pagi sebelum sambung tidur semula. Malangnya, pesawat tu terhempas hanya 3 minit selepas itu.
Suami saya hantar video tu melalui Whatsapp. Itu kali terakhir dia hubungi saya, mesej terakhir dia kepada saya.”
Video tu menunjukkan para penumpang sedang melepasi boarding checkpoint dan Ayorbaba sempat menunjukkan tiket penerbangan dia yang jelas tertera JT610 tu.
Menurut Inchy, sebelum ini suaminya tak pernah hantar video seperti itu meskipun selalu outstation atas urusan kerja. Selalunya, Ayorbaba hanya akan menghantar gambar dan mesej saja melalui Whatsapp.
Hanya pada jam 9 pagi barulah Inchy mendapat berita tentang pesawat itu yang terhempas.
Saya tonton semula video itu. Saya nampak pas penerbangan yang dia tunjuk dan saya terus tahu dia ada dalam pesawat yang terhempas itu.”
Sebaik mendapat tahu, dia terus cuba telefon dan mesej Ayorbaba di Whatsapp dengan harapan suaminya tu tak jadi menaiki pesawat tersebut. Dia kemudian terus hubungi keluarga dan memaklumkan tentang nahas tersebut.
BAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB
Menurut Inchy, Ayorbaba itu sangat bertanggungjawab dan seorang bapa yang baik kepada 3 orang anak mereka. Dia juga dikatakan seorang yang penyabar dan mereka sekeluarga sangat merasakan kehilangannya.
Baik sekali, orang yang paling baik, tidak pernah marah, sangat sayang pada keluarga. Dia kuat, penyayang dan seorang yang sangat bijak.”
Wanita berusia 33 tahun itu juga beritahu yang suaminya tu tidak pernah lupa untuk mengucapkan kata sayang setiap kali mahu keluar bekerja atau outstation.
Inchy dan 3 anak mereka redha dengan takdir ini dan kini hanya menanti keputusan DNA yang telah diberikan kepada pihak berkuasa.
Tonton video yang dihantar Ayorbaba kepada Inchy:
Moga Inchy dan anak-anak tabah dengan pemergian mengejut Ayorbaba
SUMBER : Lobak Merah
Post a Comment