Pelajar bakar buku sebab kecewa tak dapat jawab soalan SPM

Pelajar bakar buku sebab kecewa tak dapat jawab soalan SPM

Pelajar bakar buku sebab kecewa tak dapat jawab soalan SPM

Pelajar bakar buku sebab kecewa tak dapat jawab soalan SPM
Pelajar bakar buku sebab kecewa tak dapat jawab soalan SPM

Soalan peperiksaan yang berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seakan menghantui pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil UPSR, PT3 dan SPM.

Ia dikatakan terlampau sukar sehinggakan pelajar tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberikan mengakibatkan mereka gagal mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan.

Terbaharu, soalan Matematik Tambahan bagi SPM 2018 didakwa sangat sukar hingga pelajar terbaik sekalipun gagal menjawabnya.

ARTIKEL MENARIK: “Saya Tak Pernah Layan Pun Dalam Tempoh Dua Tahun, Sehinggalah Dia Menghantar Sejambak Bunga ”,- Wanita Kahwin Lelaki Muda Vir4l Di Media Sosial Akhinya Buka Mulut, Dedah Rahsia Cinta


Ini menimbulkan rasa kecewa calon SPM sehinggakan ada yang tergamak membakar buku rujukan sebagai tanda protes.



Menurut pelajar tersebut, soalan peperiksaan Matematik Tambahan sangat sukar hingga dia membakarnya sebaik sahaja menjawab soalan tersebut dengan perasaan kecewa.




“Kau bakar je dik? Patutlah ilmu tak lekat, bodoh tu yang lekat kat kau. Buku tu kau boleh bagi library sekolah, sedara mara kau yang akan amik AddMath. Banyak yang kau boleh buat dengan buku tu.”

Berikutan itu, pelajar terbabit dikecam netizen kerana didakwa tidak menghormati ilmu.





Malah, ia turut membawa kepada isu yang lain seperti had mengundi kepada warganegara berumur 18 tahun.


Ramai beraggapan langkah ini tidak wajar dilaksanakan kerana golongan ini masih mentah dan tidak boleh berfikir secara rasional.




Bagaimanapun, mengikut reply di laman Facebook pula, ramai juga orang dewasa yang menyatakan soalan tersebut seolah-olah penggubal soalan sengaja menyusahkan pelajar hingga tidak dapat menjawabnya.





Menyedari gambar miliknya viral, pelajar berkenaan tampil menjelaskan hal yang sebenar.

Menurut pelajar itu, dia bertindak sedemikian kerana buku itu sudah lama. Oleh kerana, tiada orang yang mahukan buku tersebut, dia mengambil keputusan untuk membakarnya kerana tidak sanggup membuang buku tersebut atau membiarkannya terbiar

Menurut pelajar itu lagi, abu buku tersebut telah ditanam untuk mengelakkan orang lain memijaknya.


Darah muda memang begitu. Cepat panas baran lalu memberontak. Namun apabila pelajar tersebut meminta maaf menyatakan dia sudah mengesali perbuatannya.

Ada juga yang berpendapat jika sesebuah buku tidak boleh dijual atau rosak, maka ia dibolehkan dibakar bagi mengelakkan ia dipijak. Apa pula pendapat anda? – CARI

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post