Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin. Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi

Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin. Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi

Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin. Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi

Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin. Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi
Salam Takziah Kepada Keluarga Jehan Miskin. Jehan Miskin Ceritakan Detik Sebelum Ayah Beliau Pergi

KUALA LUMPUR: Pelakon, Jehan Miskin, 38, kehilangan bapa tercinta yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, jam 10.35 malam tadi.

Profesor Miskin Pakir Mohamad yang juga bekas pensyarah meniinggal dunia pada usia 78 tahun.

ARTIKEL MENARIK: Ameng Spring Dedahkan Pengalaman Dia Dis3bat 10 Kali Ketika Di Penjara. Apa Yang Dia Cerita Amat Teliti


Jehan berkata, arwah pergi dalam keadaan tenang, malah mereka sekeluarga bersyukur dapat bersamanya pada saat terakhir perjalanan hidupnya.

“Arwah adalah insan yang mempunyai jati diri paling tinggi, jujur, berkarisma, penuh semangat dan sangat menikmati kehidupan.

“Arwah membentuk saya menjadi lelaki seperti hari ini. Tanpanya, saya bukan siapa-siapa. Kami sangat bertuah berada di sisinya pada saat terakhir,” luah Jihan menerusi Instagram.

Menerusi kenyataan yang sama, bintang Qaisy & Laila juga meminta orang ramai berdoa dan bersedekah al-Fatihah buat arwah ayahnya.


“Kami cuma meminta doa anda semua dan sedekahkan al-Fatihah supaya arwah tenang bersemadi di sana. Papa, kamu sudah bebas sekarang.

“Kami menyayangimu sampai bila-bila, terbanglah bebas dan sampai kita berjumpa lagi,” katanya lagi.

Sumber : BHARIAN ONLINE


“Saya sempat mengucapkan kalimah syahadah di telinganya”

Jehan, 38, ketika dihubungi berkata, dia bersyukur kerana dapat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah di telinga bapanya.
“Saya sempat mengucapkan kalimah syahadah di telinganya, membacakan al-Fatihah dan surah Yasin sebelum dia pergi. Saya sangat bersyukur untuk itu.
“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang di hospital. Merekalah hero sebenar yang menjaga bapa saya,” katanya.
Terdahulu, pelakon Qaisy & Laila itu mengumumkan pemergian bapanya menerusi Instagram sambil meminta semua menyedekahkan al-Fatihah buat arwah.
“Bapa adalah seorang insan yang paling jujur dan menjadi diri sendiri pernah saya kenali. Dialah yang membentuk saya menjadi insan terbaik dan tanpanya saya mungkin bukan siapa-siapa.
“Kami cuma minta doa anda semua dan sedekahkan al-Fatihah supaya arwah tenang bersemadi di sana. Bapa, kamu sudah bebas sekarang. “Kami menyayangimu sampai bila-bila, terbanglah bebas dan sampai kita berjumpa lagi,” tulisnya. Sumber : HMETRO ONLINE
KATA KATA JEHAN MISKIN DI INSTAGRAM
Our beloved papa has passed away. We pay tribute to him by celebrating his life and keeping the memories alive. He was the most authentic and genuine person I ever knew. Brilliant, generous, charismatic, courageous and wild, he truly knew how to enjoy life.
He shaped me into the man I am today and I would not be here without him. We were fortunate enough to have been by his side during his final days, to comfort him and help him pass over peacefully as he took his final breath. It was one of the most meaningful and profound experiences in my life, and I am eternally grateful. All we ask from you is a prayer, sedekah Al-Fatihah for his soul to Rest In Peace for eternity. “Papa, you are free now, among the stars where you belong. We love you forever, fly free until we meet again”
Salam takziah dari kami Team KL Viral kepada Jehan Miskin dan keluarga. Semoga dipermudahkan segalanya. Amin
Via KLViral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post