Ameng Spring Dedahkan Pengalaman Dia Dis3bat 10 Kali Ketika Di Penjara. Apa Yang Dia Cerita Amat Teliti
Ameng Spring Dedahkan Pengalaman Dia Dis3bat 10 Kali Ketika Di Penjara. Apa Yang Dia Cerita Amat Teliti |
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spring, Ameng, menegaskan isi kandungan ceramah motivasi yang menyentuh pengalaman beliau dikenakan hukuman rotan, seperti sering disampaikannya, adalah benar dan tidak ditokok tambah.
Video Penuh Berada Di Bawah Artikel
Menurut Ameng atau nama lengkapnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 52, sebagai bekas banduan yang melalui sendiri pengalaman menggerunkan itu, beliau perlu berkongsi cerita sebenar supaya masyarakat sedar dan berasa takut untuk melakukan kesalahan.
“Apa yang saya ceritakan dalam ceramah motivasi itu adalah benar dan tidak ditokok tambah. Saya dikenakan hukuman 10 sebatan dan setiap satu dilakukan secara berterusan tanpa henti. Tiada doktor yang membuat pemeriksaan dan memang tak ada ubat yang diberikan.
ARTIKEL MENARIK: ‘Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Bagi saya kahwin lain bukan selesaikan masalah.” – Edika Yusof
“Mereka yang menuduh saya sengaja memperbesarkan cerita itulah yang sebenarnya menipu. Penjara itu lebih teruk daripada apa yang orang ramai di luar sana bayangkan,” kata Ameng ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Spring, di sini hari ini.
Konsert istimewa yang bakal diadakan di Restoran Terapung D’Saji Titiwangsa Kuala Lumpur pada 9 Mac depan itu julung kali mempertemukan kembali anggota kumpulan yang cukup popular dengan lagu Butakah Cinta ini.
Ditanya tidakkah beliau gusar jika cerita disampaikannya itu melanggar etika kerana mendedahkan perkara yang dianggap sulit dan peribadi, penyanyi berasal dari Terengganu ini berkata, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana beliau sudah pun mendapat kebenaran daripada pihak terbabit.
“Ketika dibebaskan, saya ada meminta keizinan daripada pegawai penjara untuk berkongsi pengalaman saya di luar dan mereka membenarkan saya berbuat demikian.
“Malah, mereka juga memberikan kebebasan untuk saya bercerita apa saja, asalkan ia mampu memberi kesedaran dan membuatkan masyarakat takut untuk masuk penjara,” tegasnya.
Pada 2011, penyanyi ini dijatuhi hukuman penjara selama lapan tahun dengan 10 sebatan apabila didapati bersalah dalam kes penyalahgunaan dadah.
Selepas mendapat pengampunan kerana berkelakuan baik, Ameng dibebaskan pada 14 Jun 2016, kira-kira tiga tahun lebih awal daripada tempoh hukuman sepatutnya.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Video Penuh ..
Semoga kisah Ameng Spring boleh kita jadikan pengajaran untuk kita. Insyallah ..
Kredit : KLViral
Post a Comment